Khamis malam Jumaat 19 haribulan April 2012 masihi (bersamaan 27 jamadilawal 1433 Hijrah) solat
hajat sempena UPSR tahun enam telah BERJAYA diadakan dengan selamat dan
jayanya. Seramai 295
orang peserta yang terdiri daripada guru, ibubapa dan pelajar telah menghadirkan diri pada majlis tersebut.
Majlis ini bermula seawal jam 7.00 malam dengan pendaftaran dan berakhir pada
jam 10.00 malam. Majlis ini dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan
yasin, solat hajat dan solat isyak. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan
ceramah motivasi bersama ibubapa untuk calon UPSR 2012. Ceramah itu telah disampaikan
oleh Ustaz Ghazali bin Mohd Nor dari (MSQ Travel Traning).
Objektif Program
1) Memotivasikan murid
agar terus meningkatkan usaha untuk kejayaan.
2) Murid dapat
mengetahui keperluaan sebagai seorang hamba Allah
untuk memohon hajat serta pertolongan daripada Allah.
3) Membentuk jati diri Muslim yang sejati dan
memberi ketenangan jiwa ketika menghadapi peperiksaan.
4) Mengukuhkan silaturahim antara murid, guru
dan ibu bapa.
Laporan Bergambar
Pendaftaran Majlis solat hajat
Bacaan Yasin oleh peserta
peserta menghayati sesi ceramah selepas solat hajat
ceramah yang disampaikan begitu berkesan
Keberanian Adik Farah meluahkan perasaan sayangnya pada kedua ibubapa tercinta
wakil ibubapa meluahkan harapan yang tinggi untuk anak- anak tersayang
kasih bapa tidak ternilai ...
dikaulah harapan ayah!!
Sesi luahan anak bagi membalas jasa kedua ibu bapa
Tuan Guru Besar memberikan sedikit sumbangan kepada penceramah jemputan
Semoga program ini dapat keberkatan dari Ilahi dan boleh membuka hati pelajar untuk lebih rajin berusaha di samping dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa, anak-anak dan guru-guru.
No comments:
Post a Comment