... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, April 23, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 16 (SESI PAGI)

Hari        : Isnin
Tarikh    : 23 April 2012
Masa     : 7.30 - 8.25 pagi

Guru Bertugas :
1. En Ismarizal bin Ismail
2. Pn Zuraini bt Ismail
3. Pn Roseniza bt Setapa
4. En Nurul Fakhri bin Ali
5. Pn Hanawati Alinda
6. Pn Kwa Jin Nee
7. Pn Visva Vilasini
8. Cik Nor Shuhada bt Mohd Noor

Laporan/ Ulasan guru bertugas (Pn Rosmawati bt Desa)
1.       Murid-murid  diingatkan apabila sampai di sekolah, murid dikehendaki duduk di tapak perhimpunan. 
2.       Murid-murid  juga diminta beratur di hadapan kelas sekiranya hari hujan.
3.       Murid-murid  dinasihatkan supaya tidak berlari semasa menggunakan tangga.
4.       Semasa rehat, murid-murid diingatkan supaya meletakkan pinggan dan mangkuk di tempat yang telah disediakan dalam keadaan tersusun.
Penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas
Tahun 4
Pertama - Jati
Kedua - Seraya
Ketiga - Merbau
Tahun 5
Pertama - Merbok
Kedua - Merak
Ketiga - Kelicap
Tahun 6
Pertama - Novell
Kedua -Palm
Ketiga - Windows
 Pemenang tiga kali berturut-turut:
Minggu ke-9 hingga ke-14
Tahun 4 : Meranti
Tahun5: Kelicap
Tahun 6: Xenix

Ucapan wakil guru bertugas (Cik Nor Shuhada bt Mohd Noor)
1. Tema minggu ini : Masa Itu Emas
1.1 Firman Allah dalam Surah AL-Asr ayat 1-3 berkaitan kepentingan masa dalam kehidupan seharian.
1.2 Murid dinasihatkan agar sentiasa menghargai masa dengan melakukan perkara yang berfaedah.
1.3 Memandangkan bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun yang akan berlangsung tidak lama lagi, murid seharusnya menggunakan masa sepenuhnya untuk mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
1.4 Pepatah Arab : masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.
 LAWAD
Bahasa Melayu : dusta (bohong)   
Bahasa Inggeris: fabric (fabrik/kain)  
 Bahasa Arab    : musytun (sikat)
Pengumuman
1.       Murid yang berminat untuk menyertai koir dikehendaki memberi nama kepada guru muzik kelas masing-masing.
2.       Pep-Talk pada hari ini ialah kelas 6 Xenix dan 6 Unix.

Persembahan bicara berirama dan penyampaian hadiah kepada pemenang (Pn Nor Azila)
Mereka telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini bagi peringkat daerah Sepang.  Pertandingan ini telahpun  berlansung pada 18 April 2012 di SMK Cyberjaya.  Sekolah ini juga berjaya menggondol  hadiah bagi Konduktor terbaik (Nur Anis Zarith Sofea bt Zam Azizol)

Persembahan bicara berirama

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Ucapan Guru Besar
1.       Guru Besar  mengingatkan kepada semua pengawas agar melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh.
2.       Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kumpulan bicara berirama yang mendapat tempat pertama bagi daerah Sepang. Dengan semangat kerjasama yang diberikan oleh guru dan murid, kumpulan ini dapat mancapai kejayaan.

3.       Guru Besar juga menasihatkan murid-murid agar sentiasa menggunakan masa sebaiknya dengan melakukan  perkara yang berfaedah. Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.

No comments:

Post a Comment