LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 13 (SESI PAGI)
Hari : Isnin
Tarikh : 9 April 2012
Masa : 7.30 - 8.15 pagi
Guru Bertugas :
1. En Ahmad Musrizuan bin Daud
2. Pn Rosmizawati bt Yusub
3. Pn Juli bt Mahbah
4. En Saifullah bin Mat Saupi
5. Pn Halimatun Saadiah bt Hassan
6. Pn Khaironnajmi bt Haron
7. Pn Nor Fairuzah bt Ahmad Ramli
8. Pn Norshakila bt Rusly
Laporan/ Ulasan guru bertugas (En Hazim bin Harun))
1. Semua murid perlu menghormati guru sepanjang masa :
- memberi ucapan salam ketika berselisih dengan guru
- memberi perhatian ketika guru mengajar
- menunaikan arahan dan panduan guru
Sesungguhnya proses pembelajaran akan berjalan dengan licin jika kita dapat
mewujudkan perasaan kasih sayang serta saling menghormati antara satu sama lain.
2. Penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas
Tahun 4
Pertama - Meranti
Kedua - Seraya
Ketiga - Jati
Tahun 5
Pertama - Kelicap
Kedua - Merak
Ketiga - Merbok
Tahun 6
Pertama - Xenix
Kedua - Windows
Ketiga - Novell
Ucapan wakil guru bertugas (Pn Khaironnajmi bt Haron)
1. Tema minggu ini : Tanggungjawab Sebagai Seorang Pelajar
1.1 Merujuk kepada Kamus Dewan, tanggungjawab membawa erti sesuatu kerja atau tugas
yang MESTI dilakukan; kewajipan.
1.2 Tanggungjawab murid sebenarnya sangat meluas merangkumi tanggungjawab kepada
Tuhan, ibubapa, guru, rakan, masyarakat dan Negara.
1.3 Tanggungjawab murid terhadap guru:
- sentiasa mempunyai perwatakan diri yang berdisiplin, bersopan, jujur dan
baik
- menghormati guru-guru
- sedia membantu guru-guru dalam menjalankan tugas-tugas yang berhubung
dengan aktiviti-aktiviti sekolah
- memberi ucapan salam apabila berjumpa guru
- sentiasa berpakaian kemas, rapi, bersih dan lengkap
- rajin belajar dan membuat tugasan sekolah
2. LAWAD
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab
Dahsyat owl (burung hantu) Al-kanabah (sofa)
Ucapan PK Kokurikulum (En Ahmad Fuadi bin Sarham @ Haji Mohd Dahlan)
1. Semua murid dinasihatkan supaya sentiasa belajar bersungguh-sungguh
2. Ucapan tahniah kepada murid-murid yang datang awal ke sekolah.
3. Semua murid yang beragama Islam diminta menjaga solat supaya tidak tertinggal
terutama murid tahun enam.
4. Semua murid dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
Pengumuman lain
a) Pn Juli bt Mahbah
Kem Gagasan Cemerlang UPSR akan diadakan pada 26 & 27 Mei di Kolej UNITI, Pasir
Panjang, Port Dickson. Sasaran 70 orang murid tahun enam yang terpilih
berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (yang terbaik)
b) Pn Khaironnajmi bt Haron
Program pep-talk hari ini akan dijalankan untuk kelas Palm, Novell, Unix dan
Windows.
No comments:
Post a Comment