... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, April 3, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 12 (SESI PETANG)

Hari: Isnin
Tarikh: 2 April 2012
Masa: 6.10 - 6.40 petang

Guru Bertugas:
1. Cik Noor Azlinda
2. Pn. Wan Rosmawati
3. Pn. Jumilah
4. Pn. Suhaizan
5. Pn. Rozimah
6. Pn. Ezza Hairani
7. En. Mohd Rusydan

LAPORAN/ULASAN:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (yang dipimpin oleh Pn. Salmi).
b) Bacaan doa oleh pengawas, Fathul Akbar b. Abu Bakar (3 Waja).
c) Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Rozimah dan Ikrar Murid oleh Husna Aqilah bt. Mohd Afzanizan (Ketua Pengawas sesi petang).

2. Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn. Noranismawati)

a) Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan tandas supaya ia bersih dari bau yang tidak elok.
b) Beliau menegur murid untuk menyanyikan lagu pada waktu perhimpunan dengan betul dan semangat.

3. Penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas

Tahun 1
1. Zuhrah
2. Utarid
3. Musytari

Tahun 2
1. Alfa
2. Beta
3. Omega

Tahun 3
1. Waja
2. Juara
3. Myvi

4. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Rozimah)

a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.

b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.

c) Tema minggu ini : Gaya Hidup Sihat
- Ia merupakan satu proses atau amalan kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan meliputi pelbagai aspek.
- Sentiasa menjaga kebersihan diri untuk memastikan tahap kesihatan diri yang baik.
- Bersenam untuk meningkatkan dan memastikan tubuh badan yang sihat.
- Mengamalkan pemakanan yang seimbang.
- Mengamalkan gaya hidup sihat dan menggelakkan diri dari kegiatan yang tidak bermoral.

d) Perkataan LAWAD minggu ini:

Bahasa Melayu: Mencemuh
Bahasa Inggeris: Garbage (sampah)
Bahasa Arab: So'latul Tho'am (ruang makan)

5. Pelancaran Program Galakan Membaca Peringkat Sekolah 2012 (Pn. Julaili)

a) Dirasmikan oleh En. Rosdin b. Ibrahim.
b) Tema: Pendidikan Bermaklumat Pemangkin Pendidikan Cemerlang.
c) Membaca dapat menambahkan ilmu dan percambahan minda. Boleh diamalkan dimana-mana tidak terhad di dalam pusat sumber sahaja.
d) Setiap buku yang dibaca hendaklah dicatat dalam buku nilam.
e) Ganjaran istimewa iaitu sebuah basikal telah disediakan untuk murid yang membaca paling banyak buku.
f) Akan dijalankan dalam 3 sesi dan setiap sesi menawarkan hadiah-hadiah yang menarik:
Sesi 1 - 30 Mac hingga 30 Mei, 2012
Sesi 2 - 1 Jun hingga 31 Julai 2012
Sesi 3 - 1 Ogos hingga 15 Oktober 2012

6. Ucapan Penolong Kanan Petang (En. Rosdin b. Ibrahim)

a) Membaca perutusan Y. Bhg. Dato’ Sri Abd. Ghafar b. Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sempena Hari Antidadah Kebangsaan.
b) Tujuan sambutan adalah untuk menunjukkan kita masih komited untuk meneruskan usaha memerangi gejala dadah.
c) Mengajak warga pendidik bersama-sama memerangi gejala dadah dan merealisasikan agenda kerajaan SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012 dan NEGARA BEBAS DADAH TAHUN 2015.
d) Tindakan pencegahan dan membanteras penyalahgunaan dadah di kalangan murid dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti pendidikan yang berfokus kepada pembinaan jati diri murid.
e) Perlaksanaan aktiviti-aktiviti pendidikan bukan sahaja bermatlamat membanteras penyalahgunaan dadah tetapi turut memberi peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dan potensi diri melalui pelbagai aktiviti yang disediakan.

No comments:

Post a Comment