... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, April 9, 2012

LAPORAN “PEP TALK”

HARI :

ISNIN

TARIKH:

9 APRIL 2012

TEMPAT:

DEWAN PERDANA

MASA :

8.00-8.30 PAGI

KELAS YANG TERLIBAT:

6 Palm, 6 Novell, 6 Unix & 6 Windows

GURU PELAPOR:

Norliza Ali @ Yasim

‘Pep talk’ oleh En. Rushdan Mohamed

Beliau menasihatkan pelajar-pelajar agar berusaha menjaga diri sendiri dari segi fizikal dan mental. Beliau menekankan agar pelajar menjaga aspek pemakanan iaitu bersarapan sebelum ke sekolah, memilih makanan yang sihat dan berkhasiat, memakan buah sebelum makan makanan berat dan makan sebelum waktu maghrib agar pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan selesa.

Pelajar mesti bersembahyang dan berdoa dengan bersungguh-sungguh agar pelajaran diberkati dan doa dimakbul Allah.

Pelajar perlu sentiasa fokus sewaktu berada dalam kelas dan bercakap hanya apabila perlu. Mereka juga mesti memberi tumpuan yang tidak berbelah bagi sewaktu belajar tidak kira di sekolah, rumah atau pusat tuisyen. Kerja sekolah juga mestilah dibuat.

Pelajar perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti luar yang tidak berfaedah. Aktiviti sembang siber melalui facebook hendaklah dihentikan buat sementara waktu.

Encik Rushdan Mohamed juga berpesan agar pelajar sentiasa menghormati guru, ibu bapa, orang yang lebih tua dan kawan-kawan.

Belakang parang kalau diasah akan tajam juga. Begitulah kita. Jika kita berusaha,fokus, berdoa dan bertawakal maka kejayaan akan menjadi milik kita. Yakin boleh.

No comments:

Post a Comment