Wednesday, April 18, 2012

Laporan Perhimpuan Minggu ke 15 ( Sesi petang)

Hari: Isnin
Tarikh: 16 April 2012
Masa: 6.10 - 6.40 petang

Guru Bertugas:
1. Pn. Wan Sarinah
2. Pn. Norhayati
3. Pn. Parimala
4. Pn. Norlida
5. Pn. Grace
6. Pn. Nur Malisha
7. Pn. Nor Azian

LAPORAN/ULASAN:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (yang dipimpin oleh Pn. Salmi).
b) Bacaan doa oleh pengawas, Fathul Akbar b. Abu Bakar (3 Waja).
c) Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Malisha dan Ikrar Murid oleh Husna Aqilah bt. Mohd Afzanizan (Ketua Pengawas sesi petang).

2. Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn. Julaili)

a) Sikap murid yang memijak kotak susu percuma. Beliau menegaskan supaya perkara sedemikian perlu dielakkan.
b) Beliau menegur murid supaya tidak berlari -lari di dataran perhimpunan , kantin, surau dan koridor di hadapan kelas untuk mengelakkan kecederaan.

3. Penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas

Tahun 1
1. Zuhrah

Tahun 2
1. Alfa

Tahun 3
1. Exora

4. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Nur Malisha)

a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.

b) Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan dan lain-lain.

c) Tema minggu ini : Tanggungjawab pelajar
- Sentiasa menjaga disiplin diri
- Sentiasa menghormati guru dan orang lebih tua.
- Menyiapkan kerja rumah yang di beri oleh guru di sekolah.

d) Perkataan LAWAD minggu ini:

Bahasa Melayu: Dermaga
Bahasa Inggeris: Tunnel (terowong)
Bahasa Arab: Uffun (hidung)

d) Laporan minggu ini:
  • Tasmek Tahun 1 dan Tahun 2 di jalankan seperti biasa manakala tahun 3 dibatalkan.
  • Program Mentor - mentee dijalankan pada hari Selasa jam 6.10 - 6.40 ptg.
  • Info dadah ( Bercerita adik Amira Aisyah / Yana Norazmi tahun 3 Waja.)
5. Ucapan Penolong Kanan Petang (En. Rosdin b. Ibrahim)
  • Menasihati murid-murid menjadi baik dengan mengamalkan sikap disiplinkan diri.
  • Hormati guru-guru di sekolah.
  • Menasihati murid-murid menyiapkan latihan dan kerja rumah yang diberi oleh guru-guru.

No comments:

Post a Comment