Monday, May 20, 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2013
KALI KEDUA 

Buat julung kalinya, SK Taman Putra Perdana (SKTPP) telah mengadakan Sambutan Hari Guru di luar kawasan sekolah dan waktu persekolahan. Sambutan Hari Guru pada 18 Mei 2013 ini merupakan sambutan kali kedua di peringkat sekolah dan telah diadakan di Dataran Gemilang, Putrajaya. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK). 

Majlis pada kali ini bukan sahaja diadakan bagi meraikan guru-guru tetapi juga untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara anggota keluarga guru-guru, kakitangan dan AJK PIBG. Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi lebih menjurus kepada aktiviti-aktiviti sukaneka yang turut dibahagikan kepada kategori kanak-kanak, kategori suami isteri, kategori guru dan AJK PIBG. Semua yang hadir telah memberikan komitmen dalam menjayakan setiap aktiviti sukaneka tersebut. Majlis berakhir pada jam 2.00 petang.

Berikut dipaparkan beberapa gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung. 

Pendaftaran guru di meja urusetia

Antara AJK PIBG yang turut hadir

Pencuci mulut
Menjamu selera sepanjang majlis berlangsung

Tekun mengisi air dalam botol


Acara kanak-kanak membawa bola ping pong dengan sudu

Ucapan daripada Tn. Hj Khairul Azhar, YDP PIBG SKTPP
Majlis berlangsung dalam keadaan santai

Acara guru membawa bola ping pong dengan chopstick

Acara tiup belon sehingga pecah

Sebahagian kanak-kanak mengutip gula-gula

Aktiviti yang paling menarik minat kanak-kanak

Guru-guru dan AJK PIBG yang sporting dalam acara musical chair 

AJK PIBG turut menyertai acara sukaneka
                                 
                        Peluk sekuat hati dalam acara terompah gergasi



Setiap kumpulan bersedia untuk menyambut belon menggunakan kain pelekat
Kumpulan Jingga yang diketuai oleh Guru Besar telah menjadi juara keseluruhan
Untuk melihat rakaman suasana dan aktiviti yang berlangsung sepanjang sambutan ini, sila layari facebook SK Taman Putra Perdana.

No comments:

Post a Comment