Friday, May 3, 2013

PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH 2013: JOHAN

Pada hari ini 24 April 2013 bertempat di SJK(T) Bandar Baru Salak Tinggi telah diadakan Pertandingan Pidato Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Daerah Sepang 2013. Peserta dari sekolah kita iaitu adik Anis Zarith Sofea bt Zam Azizul telah menjadi johan bagi kategori sekolah rendah setelah menewaskan 15 orang peserta yang lain. Adik Anis Zarith Sofea mendapat bimbingan daripada guru bahasa Malaysia iaitu Puan Mazzaini bt Muda dan Puan Noor Azila bt Ngah. Tempat kedua dimenangi oleh pemidato dari sekolah tuan rumah iaitu SJK(T) Bandar Baru Salak Tinggi, manakala tempat ketiga disandang oleh pemidato dari SK Sungai Merab.

Anis Zarith Sofea berpidato atas tajuk Disiplin Asas Kecemerlangan Diri. Berikut disenaraikan tajuk yang ditetapkan bagi bahagian pertama:
i.   Perpaduan Teras Kemajuan Negara
ii.  Rukun Negara Teras Kesejahteraan
iii. Nilai Murni Penyuluh Hidup
iv. Akhlak Berkualiti Pembentuk Sahsiah
v. Disiplin Asas Kecemerlangan Diri
vi. Rakyat Sihat Negara Maju

Bagi pidato bahagian kedua iaitu bahagian spontan pula, Anis Zarith Sofea menyampaikan pidato yang bertajuk Cara-cara Menjadi Murid Cemerlang. Untuk bahagian spontan ini, masa yang diberi untuk pemidato membuat persediaan adalah selama satu minit sahaja tanpa pena dan kertas. Pemidato dikehendaki menyampaikan pidato selama tiga minit dengan mengemukakan sekurang-kurangnya dua isi. Dalam bahagian ini, kepetahan Anis sangat terserlah dan dia kelihatan 'santai' mengeluarkan idea.

Berikut disenaraikan tajuk pidato spontan:
a)  Cara-cara menyayangi sekolah
b)  Faedah Komputer
c)  Faedah membaca surat khabar
d)  Faedah amalan bergotong-royong
e)  Faedah berkebun
f)  Cara menjaga kebersihan sekolah
g)  Faedah menjaga keceriaan sekolah
h)  Cara-cara menjadi murid cemerlang
i)   Cara-cara menjaga alam sekitar
j)   Faedah menabung
k)  Faedah kitar semula
l)   Faedah bersukan
m) Cara-cara menjaga keselamatan diri di jalan raya
n)  Cara selamat menunggang basikal
o)  Cara-cara menghormati guru

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SJK(T) Bandar Baru Salak Tinggi tepat pukul 1.40 minit petang. Anis Zarith Sofea menerima sekeping sijil dan sebuah piala daripada beliau. Anis akan mewakili daerah Sepang ke peringkat negeri Selangor yang akan diadakan di daerah Kuala Selangor pada 27 Jun 2013.

Tahniah diucapkan kepada adik Anis Zarith Sofea bt Zam Azizul dari kelas 6 Tiung. Semoga kejayaan yang ditunjukkan oleh ketua murid ini menjadi pencetus semangat kepada semua murid di SK Taman Putra Perdana selepas ini.




No comments:

Post a Comment