... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, May 20, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE 20 (SESI PAGI)


Hari                        : Isnin
Tarikh                    : 20 Mei 2013
Masa                     : 7.30 pagi – 8.00 pagi

Guru Bertugas
1. A'ISHAH BT MOHAMMAD NOR
2. NOR-AZURA BT MUSTAFA
3. MOHD KAMARUL B ABD RAHMAN
4. NORSHAKILA BT RUSLY
5. JULI BT MAHBAH
6. NOOR HANAWATI ALINDA BT ABD TAIB PURUJI
7. ROSENIZA BT SETAPA
8. NORHANA BT NORDIN



Laporan 
1.0 Bacaan Doa, Nyanyian,dan  Bacaan Ikrar

1.1 
Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah

1.2 
Bacaan doa oleh pengawas Adik Mohd Syazwan  bin Saari dari kelas 6 Tiung

1.3 Bacaan ikrar rukun negara dan keselamatan jalan raya oleh Puan A'ishah Bt Mohamad Nor
 


1.4 Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas iaitu Nur Anis Zarith Sofea Bt Zam Azizul



2.0 Laporan Guru Bertugas  Minggu Lepas (Pn Nor Syifa Bt Khadir)


2.1 Perhimpunan Pagi - Sebelum perhimpunan pagi, Murid tahun 6 tidak membuka buku untuk dibaca begitu juga murid lain. Ramai yang berkumpul dan bersembang.  

      
2.2 Perhimpunan Pagi - Sebelum perhimpunan pagi, murid tahun 6 sepatutnya berhimpun di Dewan Perdana tetapi ramai yang berkumpul di dalam kelompok yang kecil di kantin dan bersembang.

2.3 Perhimpunan Pagi - semasa perhimpunan pagi, masih ramai murid tidak mencatat perkataan LAWAD. Sepatutnya murid sudah bersedia awal dengan buku LAWAD dan pensil.


3.0  Perkataan LAWAD minggu ini.

3.1 Bahasa Melayu - garing ( rapuh,rangup )

3.2 Bahasa Inggeris - seed ( benih )

3.3 Arab - Al-hadiqah ( taman ) 



4.0 Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke 20

4.1 PPKI - Tempat Pertama - Bestari ( guru kelas - En. Hazim Harun )
                   Tempat kedua   - Kreatif  ( guru kelas-  En Srimahathevan )
                   Tempat ketiga   - Inovatif   ( guru kelas - Pn Salasiah )

4.2 Tahun 4 - Tempat Pertama - Wira ( guru kelas - Pn Norinna )
                       Tempat Kedua -  Waja ( Pn Nik Kamisah )
                       Tempat Ketiga -   Exora ( Pn Parimala )

4.3 Tahun 5 - Tempat Pertama - Seraya ( guru kelas - Pn Zaleha )
                       Tempat Kedua -  Almon ( Pn Noranismawati )
                       Tempat Ketiga -   Balau ( Pn Zailezah )

4.4 Tahun 6 -  Tempat Pertama - Tiung ( guru kelas - Pn Norazila )
                       Tempat Kedua -  Helang 
       
                Tempat Ketiga -   Bangau 



5.0 Ucapan Guru Bertugas ( Puan A'ishah Bt Mohamad Nor )


Tema : Mengisi Waktu Cuti Dengan Aktiviti Berfaedah

Cadangan untuk mengisi waktu cuti sekolah agar ianya dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin :


5.1 Menghadiri kelas tambahan terutamanya bagi murid yang mengambil peperiksaan besar contohnya seperti murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.


5.2 Menyertai kem-kem motivasi seperti kem ibadah, kem jati diri dan sebagainya.

5.3 Melancong

5.4 Balik kampung


5.5 Menyiapkan tugasan sekolah

5.6 Menolong ibu bapa dirumah dan bergotong-royong

5.7 Membuat persiapan sebelum mula sesi persekolahan


6.0 Penyampaian hadiah dan sijil kepada murid-murid yang memenangi Pertandingan Bicara Berirama. 
  09 Mei 2013, SK Tmn Putra Perdana telah menyertai pertandingan ini bagi peringkat daerah Sepang yang dianjurkan oleh SMK Cyberjaya & SK Cyberjaya. SK Tmn Putra Perdana telah berjaya menjadi JOHAN dalam Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah Sepang 2013. Ini bermakna, SK Tmn Putra Perdana akan mewakili daerah Sepang untuk ke peringkat negeri yang bakal diadakan pada 18 Jun, 2013 di Klang. 
    Hadiah dan sijil disampaikan oleh En. Ahmad Fuadi B Sarham@Haji Mohd Dahlan.


7.0 'Peptalk' untuk hari ini adalah Kelas 6 Bangau dan 6 Belatuk.



8.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Kurikulum ( Pn. Siti Habsah Ahmad)

8.1 HARI JALINAN MESRA


  •       Murid akan menerima satu slip edaran kecil untuk makluman Hari Jalinan Mesra. 


  •      Pada 23 MEi 2013 yakni 'Hari Jalinan Mesra', ibu bapa akan terus menuju ke kelas anak masing-masing bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 2.00 petang.
8.2  KELAS TAMBAHAN TAHUN 6

  • Bermula Isnin depan pada 27-29 Mei 2013. Surat makluman akan diedarkan kepada murid tahun 6. Kehadiran adalah wajib.
8.3  CUTI PENGGAL
  • Semua murid hendaklah mengulangkaji pelajaran berdasarkan keputusan peperiksaan yang baru sahaja di duduki. Banyakkan latihan pada matapelajaran yang lemah dan perbaiki kesilapan dan kelemahan itu.
8.4  MAKLUMAN GURU KELAS
  •  Kepada guru -guru yang masih belum lagi menghantar buku rekod profil murid dan buku adab pelajar, sila berbuat demikian sebelum jam 11.00 pagi. 
9.0 Pengumuman





  • Aktiviti kokurikulum untuk miggu ini dibatalkan
  • Tuisyen tahun 6 untuk minggu ini dibatalkan 

Perhimpunan tamat pada jam 8.20 pagi.



Barisan guru yang bertugas pada minggu ini.



Pn Siti Habsah menyampaikan hadiah kepada murid tahun 4 Waja untuk kebersihan dan keceriaan kelas




Pn Siti Habsah sedang menyampaikan ucapan



En Ahmad Fuadi menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang-pemenang Bicara Berirama

No comments:

Post a Comment