Hari :
Isnin
Tarikh :
13 Mei 2013
Masa :
6.10- 6.40 petang
Guru
Bertugas:
1. Shurhama
bt Ahmad
2. Suriyana
bt Salim
3. Salina
bt Moha Tasu
4. Arjunawati
bt Ahmad Nuze
5. Fadhilah
bt Talib
6 Zabedah
bt Othman
7. Maizara
bt Mahad
Laporan
1.0 Bacaan
doa, Nyanyian dan bacaan Ikrar
1.1 Bacaan
doa oleh adik Ashraf Aqasha b. Mohd Fadzir
1.2 Nyanyian
lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah
1.3 Bacaan ikrar rukun
negara dan ikrar jalan raya oleh Pn Arjunawati bt Ahmad Nuze.
1.4 Ikrar murid oleh adik
Alya Fariha bt Azzairy
2.0 Laporan guru bertugas
minggu lepas.( Pn. Marlisha bt Omar )
2.1 Peraturan selepas makan-
masukkan pinggan atau gelas yang telah digunakan ke dalam bekas yang
telah disediakan di kantin.
2.2 Murid tidak dibenarkan
berlari ketika waktu rehat dan waktu bergerak ke kelas-kelas khas.
2.3 Makin ramai murid yang
lewat datang ke sekolah sejak kebelakangan ini.
2.4 Pembaziran
elektrik-pastikan kipas dan lampu ditutup sebelum meninggalkan kelas.
3.0 Perkataan
LAWAD minggu ini
3.1 Bahasa
Inggeris : female
4.0 Keceriaan
Kelas Bagi Minggu ke 19
4.1 Tahun
1 – Anestesiologi ( Tempat Pertama)
Radiologi ( Tempat Kedua )
Respiratori ( Tempat Ketiga )
Tahun
2 - Marikh ( Tempat Pertama)
Zuhrah ( Tempat Kedua )
Musytari ( Tempat Ketiga )
Tahun
3 Zeta ( Tempat Pertama)
Theta ( Tempat Kedua )
Delta ( Tempat Ketiga )
5.0 Ucapan
Guru Bertugas ( Pn. Arjunawati bt Ahmad Nuze )
Tema
: Hargai Jasa Guru
Cara
murid menghargai guru
5.1 Murid
perlu menghormati guru.Contohnya murid mengucapkan salam dan selamat
sejahtera ketika berjumpa guru.
5.2 Murid
boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin di sekolah.
5.3 Murid
boleh menghargai guru dengan membuat kerja sekolah yang diberi oleh
guru.
5.4 Murid
boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru.Murid boleh membantu guru
dengan membawa buku-buku ke bilik guru. Murid juga boleh memberi
hadiah kepada guru ketika Sambutan Hari Guru.
6.0 Ucapan
Guru Disiplin ( Pn. ArnnyYusnita bt Md Enarji )
6.1 Kebersihan
Diri –
Bagi murid perempuan yang berambut panjang, mereka hendaklah mengikat
rambut menggunakan getah rambut yang berwarna hitam dan putih
sahaja.Tidak dibenarkan mengguna getah rambut yang
berwarna-warni.Murid lelaki mestilah sentiasa berambut pendek.
6.2 Barang-barang
hilang-Murid
diingatkan agar menulis nama dan kelas pada botol atau barang-barang
yang mereka bawa dari rumah.Ini memudahkan guru bertugas memulangkan
barang-barang yang dijumpai.
- Kebersihan Kantin- Murid diingatkan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
7.0 Pengumuman
7.1 Tasmek
pada minggu ini akan berjalan seperti biasa.
7.2 Aktiviti
ko-kurikulum pada minggu ini akan berjalan seperti biasa.
Perhimpunan
tamat pada pukul 6.40 petang.
No comments:
Post a Comment