Saturday, May 11, 2013

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 (FASA II) 2013

Unit Bimbingan & Kaunseling bersama Unit Peningkatan Tahun 6 dan PIBG telah berjaya menganjurkan program Motivasi Tahun 6 Fasa II pada hari ini dengan jayanya. Walaupun dilaksanakan bersama dengan Karnival 1BestariNet VLE Frog, namun kelancaran program dapat dilaksanakan dengan terancang mengikut jadual yang telah ditetapkan. TAHNIAH diucapkan kepada guru-guru yang telah memberikan kerjasama dan juga keterlibatan murid-murid Tahun 6 pada hari ini. SYABAS diucapkan.

Program ini telah dilakksanakan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Pusat Sumber dan Bilik Mesyuarat SKTPP. 8 kelas tahun 6 telah dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil supaya maklumat yang disampaikan lebih mudah diterima. Seramai 129 orang murid dari 244 orang murid tahun 6 hadir untuk program ini. Penceramah jemputan dari Wirajaya Excellence Consultancy, En Ahmad Badli b Badaruddin dan En Syed Alwee b Syed Hussin telah berjaya menarik perhatian peserta program sepanjang 4 jam program ini dilaksanakan.

Disertakan sebahagian gambar sepanjang pelaksanaan program tersebut:




Kusyuk memberikan tumpuan

Penceramah jemputan dari WiraJaya Excellent


Antara sebahagian dari aktiviti LDK yang dilaksanakan


Sokongan dari YDP bersama AJK dan Mantan YDP PIBG 


No comments:

Post a Comment