Thursday, May 2, 2013

PPKI: Aktiviti Latihan Badminton


Khamis, 2 Mei 2013 – Aktiviti latihan badminton untuk murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah dijalankan di tapak perhimpunan SKTPP bermula jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Latihan ini disertai seramai 23 orang murid dan dijalankan dalam 4 kumpulan murid yang berasingan.

Antara matlamat untuk menjalankan aktiviti ini adalah:

      ·         Memberi peluang kepada murid-murid PPKI mengenal asas dan teknik permainan.
      ·         Memberi peluang untuk meyerlahkan bakat dan potensi murid keperluan khas.
      ·         Sebagai aktiviti terapi untuk menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus.


Gambar sekitar aktiviti dijalankan.






No comments:

Post a Comment