Sasaran: Kelas 6 Bangau & 6 Belatuk
Tajuk: Usaha Bersungguh-sungguh.
Pertama sekali, tuan penceramah mengucapkan salam dan selamat sejahtera kepada semua murid 6 Belatuk dan 6 Bangau.
Banyak panduan dan tip diberi oleh beliau kepada murid-murid agar berjaya dalam pelajaran dan kehidupan keseluhannya. Antaranya:
- kuatkan tekad untuk mendapat 5A dalam UPSR sebagai hadiah kepada ibu bapa
- ingatlah jasa dan pengorbanan ibu bapa
- laksanakan tugas untuk belajar sebaik mungkin kerana murid-murid tidak perlu bekerja untuk mendapatkan wang sebelum pergi ke sekolah
- tanamkan tekad untuk berjaya demi masa hadapan
- elakkan cinta monyet pada zaman persekolahan kerana hal ini membuang masa
- jadikan kejayaan Angkasawan Negara sebagai pencetus semangat untuk berjaya
- semua murid mempunyai fizikal yang sempurna untuk belajar dan berusaha bersungguh-sungguh
- kasihanilah ibu dan bapa yang bekerja mencari rezeki untuk anak-anak tidak kira siang dan malam
- jadikan rakan-rakan yang berjaya naik ke pentas untuk menerima hadiah kecemerlangan sebagai contoh
- masa yang tinggal 4 bulan menjelang UPSR masih mencukupi untuk berusaha bersungguh-sungguh
- jangan bertangguh-tangguh untuk memulakan usaha
- kena saling mengingati untuk berjaya
- berusahalah untuk menandingi kelas-kelas lain yang berada di hadapan
- mesti ada buku dan tidak meninggalkan buku di rumah untuk memudahkan sesi pembelajaran dan pembelajaran
- tunaikan kewajipan solat 5 waktu sehari semalam
- berdoa kepada Allah memohon kejayaan
- buat jadual belajar, patuhi jadual belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari
- isi masa senggang dengan membaca nota pendek atau contoh karangan sebelum kelas agama PAFA
- sentiasa fokus kepada pengajaran guru semasa di dalam kelas
- usaha untuk mengubah sikap malas, terbalikkan perkataan 'malas' menjadi 'salam'
- beri salam kepada ibu bapa dan rakan-rakan jika persaan 'malas' menguasai diri
- mesti berazam untuk mendapat sesuatu yang besar dan tinggi seperti bergaji besar dan pekerjaan yang tinggi
- jauhi gejala negatif seperti mencuri kerana dosa akan ditanggung oleh ibu dan bapa.
- kasihanilah mereka yang melahirkan dan membesarkan murid-murid
- siapkan semua kerja sekolah yang diberi oleh guru
Ribuan terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas kesudian beliau mencurahkan ilmu kepada murid-murid Tahun 6 Bangau dan 6 Belatuk.
Laporan disediakan oleh,
Mazzaini bt Muda
Guru BM 6 Bangau.
No comments:
Post a Comment