Wednesday, August 21, 2013

ANJAKAN MINDA: SEPETANG BERSAMA NICK VUJICIC

Makluman kepada semua guru, ibu bapa/penjaga murid SK Taman Putra Perdana,

Sukacita dan bangganya FrogAsia mempersembahkan kepada anda “Anjakan Minda : Sepetang bersama Nick Vujicic”, acara yang pertama dari siri ceramah, persidangan dan bengkel perkongsian ilmu dan inspirasi daripada pemikir dan tokoh bertaraf dunia.

Visi Frogasia adalah memperkasakan generasi akan datang dengan peluang dan kemudahan berasaskan teknologi. Perkongsian dari Nick Vujicic mampu dijadikan panduan dan pengajaran buat semua.

Sehubungan itu, pihak Frogasia menyediakan peluang istimewa kepada Sekolah Champion 1BestariNet untuk bersama Nick pada 30 Ogos 2013 nanti. Sekolah akan berpeluang untuk memenangi empat (4) pas percuma bagi menyertai sesi petang bersama beliau. Semua guru, pelajar dan ibu bapa di sekolah ini yang memiliki ID 1BestariNet berpeluang untuk menebus sepasang tiket PERCUMA bagi acara ini.

Butiran acara ini serta panduan untuk mendapatkan tiket adalah seperti berikut :

Anjakan Minda : Sepetang bersama Nick Vujicic
Acara umum eksklusif untuk pemegang ID 1BestariNet
Tarikh : 30 Ogos 2013
Lokasi : HGH Convention Centre (Lot 475, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur)
Masa : 7.30 mlm - 9.30 mlm (Pintu dibuka pada 6.00 ptg)
Tempat duduk : Bebas (sila datang awal untuk mendapat tempat duduk yang terbaik)

Bagaimana untuk mendapatkan tiket : Jawab beberapa soalan ringkas di www.yes.my/bestari untuk berpeluang menebus sepasang tiket percuma. Anda akan dimaklumkan seminggu sebelum acara sekiranya anda berjaya mendapat tiket .

Pendaftaran akan ditutup pada 11.59 malam waktu Malaysia, 22 Ogos 2013.



No comments:

Post a Comment