Friday, August 23, 2013

KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI (KASTEK)

Karnival Sains dan Teknologi peringkat negeri Selangor telah berlangsung selama dua hari bertempat di SMK Sri Desa, SAM Tg Karang dan SMK Dato' Harun. SKTPP telah terpilih untuk mewakili daerah Sepang dalam Pertandingan Saintis Muda Sekolah Rendah.Alhamdulilah, saintis muda SKTPP; Emran bin Ezral dan Amirul Sofi bin Amar Ubadah telah berjaya mendapat tempat KETIGA setelah berusaha penuh dedikasi menyelesaikan lima tugasan mencabar berkaitan Sains dan Teknologi serta aplikasinya. Pertandingan ini telah disertai oleh 10 buah sekolah di negeri Selangor.

Tahniah diucapkan kepada para peserta yang berjaya memberi komitmen yang baik dan terima kasih kepada guru-guru yang memberi dorongan, sokongan dan bantuan dalam pelbagai aspek. Semoga kejayaan yang lebih cemerlang menjadi milik peserta sekolah akan datang.

Emran dan Amirul mengambil peluang mengisi masa mengulangkaji sebelum taklimat pertandingan.
Saintis Muda SKTPP bersedia untuk memulakan pertandingan.
Senyuman gembira kemenangan
Saintis Muda SKTPP bersama guru-guru pengiring dan pegawai PPD Sepang, En Halim

No comments:

Post a Comment