... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, August 29, 2013

KARNIVAL KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM 2013

Pada 28 Ogos 2013 telah berlangsung Karnival Kawad Kaki Unit Beruniform bagi tahun 2013.  Sebanyak 10 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai unit telah menyertai karnival ini. Karnival ini telah diadili oleh 6 orang juri iaitu En. Ahmad Fuadi b Sarham, En. Jamilullail b Mohd Junit, En Ismarizal b Ismail, En. Norizmi b Zainal Abidin, Pn.Jamilah bt Mohd Yusuf, dan Pn. Siti Rabiaah bt Mohamad.

Karnival ini telah berjaya memberi pengalaman baharu kepada murid-murid serta memupuk semangat kerjasama antara ahli.  Di samping itu, aktiviti ini mampu melatih murid berdisiplin dan mematuhi arahan.  Suasana pertandingan ini  meriah dengan kehadiran murid yang begitu memberangsangkan.Tambahan pula kesungguhan murid-murid berlatih sementara menunggu pertandingan bermula.

Antara kategori yang dipertandingkan.

1.Kategori Pertama Peserta Terbaik PPKI : Mohd Azhar

2. Kategori Kedua Kawad Kaki Terbaik PPKI :
- Mohd Azhar
-Saanjeeth Nair
-Muhammad Alif Hakimi
-Nurul Zaitun
-Mohd Amin
-Abdul Hadi
-Muhammad Danial
-Nur Ain

3. Kategori Ketiga Pasukan Terbaik Unit Berunifom 
  • Terbaik PPIM : Kumpulan Aishah
  • Terbaik Pengakap : Kumpulan Singa Raja Rimba
  • Terbaik TKRS : Kumpulan TKRS
  • Terbaik Pandu Puteri Tunas : Kumpulan Puteri 3
  • Terbaik BSMM : Kumpulan Jebat
4. Kategori Keempat Komandan Terbaik UB :
  • Terbaik PPIM : 
  • Terbaik Pengakap :
  • Terbaik TKRS :
  • Terbaik Pandu Puteri Tunas :
  • Terbaik BSMM :
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Karnival Kawad Kaki berlangsung:

Barisan juri yang mengadili pertandingan

Ketua komandan TKRS memberi laporan

Wakil Pandu Puteri Tunas  


Wakil Kumpulan BSMM

Ahli pengakap bersedia melakukan kawad kaki

En. Ahmad Fuadi selaku ketua juri mengumumkan pemenang Karnival Kawad Kaki 

Disediakan oleh : Pn. Noor Azila bt Ngah

No comments:

Post a Comment