Wednesday, August 21, 2013

LAWATAN PENANDA ARAS PBS KSSR DARI SK JEMPOL

Pada hari Rabu 22 Ogos 2013, jam 10.15 pagi, SK Taman Putra Perdana telah menerima lawatan daripada rombongan SK Jempol, Negeri Sembilan.  Rombongan ini terdiri daripada wakil PPD Jempol, Guru Besar SK Jempol serta guru-guru dari sekolah-sekolah di daerah Jempol, Negeri Sembilan.

Taklimat PBS tersebut telah disampaikan oleh PK1, Puan Siti Habsah bt Ahmad.  Banyak perkongsian ilmu dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama semasa sesi taklimat tersebut.  Semua peserta lawatan berpuas hati dengan maklumat dan penerangan mengenai PBS yang telah diberikan.

Majlis bersurai pada pukul 1.00 tengahari.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang tempoh lawatan tersebut.

Ketibaan guru-guru dari Jempol, Negeri Sembilan.

Penerangan dari Guru Besar SKTPP, Encik Sukimin b Juki.

Wakil PPD Jempol, Encik Mahzan b Abd Wahab

Cenderahati dari Guru Besar SK Jempol, Pn Hjh. Noraini Hj Ahmad.

Jualan cakera padat PBS kepada peserta lawatan.

Lawatan ke bilik KSSR dan sesi soal jawab bersama fasilitator.

No comments:

Post a Comment