Saturday, August 31, 2013

Chromebook, Pendidikan di Malaysia dan Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana





Pada Google I/O, salah satu perkara yang menarik perhatian ramai pengguna tempatan adalah berkenaan dengan nama Malaysia yang disebut ketika pengumuman berkaitan Chromebook dalam pendidikan.


Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana dijangka akan menerima 82 unit buah Chromebook pada hari Isnin ini, 2 September 2013 untuk digunakan sebagai gajet pembelajaran dan pengajaran oleh murid dan guru.  Pihak sekolah sedaya-upaya berusaha untuk memastikan agar setiap murid sama ada daripada aliran perdana mahupun pendidikan khas berpeluang menggunakan teknologi terkini ini.


Pn. Yasmin Mahmood menyerahkan 5 unit Chromebook sumbangan dari YTL Communications
Sejarah penggunaan Chromebook di sekolah ini bermula apabila YTL Communications menghadiahkan 5 unit Chromebook pada 5 Oktober 2012 sewaktu diadakan majlis pelancaran Frog VLE di sekolah ini. Sejak daripada itu, pihak sekolah telah berusaha memperkenalkan gajet ini bukan sahaja kepada guru malah juga kepada ibubapa. Para guru telah didedah dan diberikan latihan sementara komuniti berpeluang mengenali Frog VLE sewaktu pihak sekolah menganjurkan taklimat mengenainya pada 13 Oktober 2012. Pada waktu berlangsungnya Karninal 1BestariNet pada 11 Mei 2013, selain komuniti setempat, sebanyak 21 buah sekolah berdekatan juga berpeluang mengetahui lebih dekat mengenai 1BestariNet, Frog VLE dan Chromebook.



Timbunan Chromebook yang digunakan sewaktu kernival 1BestariNet
Chromebook merupakan sebuah gajet yang kelihatan sama seperti komputer riba (laptop) namun hakikatnya terdapat perbezaan yang besar antara kedua-duanya. Chromebook tidak mempunyai cakera keras dan ini menjadikannya tiada sebarang installation perisian dan simpanan fail boleh dilakukan ke atasnya. 
Rupa fizikal Chromebook dan MacBook Air

Kedua-duanya kelihatan serupa namun Chromebook tiada cakera keras


Chromebook dilengkapi Google Chrome OS


Chromebook menggunakan Google Chrome OS sebagai sistem pengoperasiannya dan Google Chrome Browser sebagai pelayar webnya. Kedua-duanya dibangunkan dengan menggunakan sistem terbuka (Open Source). Google Chrome OS dihasilkan menjurus ke arah ciri-ciri pantas, mudah dan selamat. Sementara pelayar web Google Chrome Browser pula dibina untuk menghasilkan pelayar yang selamat, pantas dan stabil. Chromebook dilengkapi dengan sambungan USB. Ini membolehkan storan luar seperti external hard disk, thumb drive, card reader dan sebagainya boleh disambung ke Chromebook.


Pada masa ini Chromebook boleh disambungkan ke internet (rangkaian) dengan menggunakan kabel (RJ45), teknologi tanpa wayar 4G dan juga WiFi. Sambungan internet amat penting bagi Chromebook memandangkan tanpa capaian internet maka storan di awan tidak dapat dicapai. Banayak syarikat menyediakan storan di awan secara percuma seperti Skydrive, Slideshare, Scribd, dan Dropbox. Goggle juga menyediakan storan di awan yang dikenali sebagai Google Drive. Setiap pemilik akaun gmail akan diberi ruang simpanan (storan) percuma sebanyak 15 Gb. Selain itu, ia juga menyediakan perisian dalam talian (online) pejabat percuma yang dinamakan sebagai Google Apps. Di antara aplikasi Goole Apps ialah Document (seperti Word pada Microsoft Office), Presentation (Powerpoint), Worksheet (Excel) dan Drawing (Paint). Selain daripada aplikasi asas ini, terdapat beribu-ribu aplikasi dalam talian percuma lain yang boleh dipasang dalam Google Drive ini seperti Floorplanner dan Fusion

Jika anda 'pening' dalam melayani masalah serangan virus, maka Chromebook adalah satu alternatif terbaik untuk melupakan masalah tersebut. 


Jawatan Kuasa ICT sekolah telah siap membuat perancangan untuk mengoptimumkan penggunaan Chromebook yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. JKICT merancang untuk melengkapi dua makmal komputer dengan chromebook dan ini akan memberi peluang kepada murid menggunakannya  dengan nisbah 1:1 berbanding pada masa ini nisbah murid kepada komputer ialah 2:1. Diharap dengan peluang yang diberi ini akan dapat meningkatkan kemahiran kepada murid di samping merealisasikan hasrat PIPP untuk mendemokrasikan pendidikan.


Semoga dengan kehadiran Chromebook ini akan merancakkan lagi aktiviti-aktiviti berkaitan ICT sekolah dalam usaha membina generasi yang mampu bersaing dalam abad ke-21 selari dengan anjakan ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.


- Tulisan ini berdasarkan pengetahuan dan pandangan penulis semata-mata.  Sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan, penulis meminta maaf.



No comments:

Post a Comment