Friday, August 30, 2013

LAPORAN PEMBUDAYAAN (BERATUR)


Tarikh    : 30 Ogos 2013
Masa     :7:30 hingga 8:30
Tempat   :Tapak Perhimpunan SKTPP
Satu taklimat tentang “Pembudayaan Beratur” telah disampaikan oleh Ust. Mahadir Midun yang melibatkan semua murid tahun 4 dan 5 serta semua warga pendidik sesi pagi. Taklimat ini juga turut dihadiri oleh  Guru Besar  En. Sukimin b. Juki. Adalah diharapkan semoga program ini dapat membantu mendisiplinkan lagi murud-murid semasa beratur di tapak perhimpunan,  semasa berjalan, berbaris  menuju ke kelas atau ke bilik-bilik khas.

ETIKA BERATUR

Perhimpunan Hari Isnin
1.    Murid berbaris di tempat yang ditetapkan dengan dua barisan setiap kelas. ( 2 baris lelaki dihadapan diikuti murid perempuan di belakang.)
2.    Murid rendah dihadapan manakala yang tinggi kebelakang.
3.    Setiap  kelas diketuai oleh seorang pengawas yang telah di tetapkan.
4.    Pengawas hendaklah memastikan murid dibawah jagaannya berbaris dengan penuh disiplin.
5.    Semua beg sekolah hendaklah diletakkan di tengah - tengah murid supaya kemas dan teratur.
6.    Ketua kelas hendaklah berada di hadapan (sebelah kiri)
7.    Bersurai: semua murid beredar didalam keadaan berbaris menuju ke kelas mengikut laluan yang ditetapkan bersama dengan guru pada masa tersebut.

Etika Beratur ke Bilik Khas

1.    Hendaklah beratur didalam dua barisan. (Murid lelaki dihadapan manakala murid perempuan di belakang.)
2.    Murid rendah dihadapan manakala yang tinggi kebelakang.
3.    Ketua kelas hendaklah berada di hadapan barisan manakala penolong ketua kelas hendaklah berada di belakang sekali.
4.    Apabila semua murid telah bersedia barulah memulakan pergerakan mengikut laluan yang ditentukan.
5.    Semua murid hendaklah berdisiplin semasa berjalan. JANGAN MEMBUAT BISING, JANGAN BERLARI DAN JANGAN BERJALAN MELEBIHI GARISAN KUNING.
6.    Apabila bertemu dengan guru, pelawat atau sesiapa sahaja cukup dengan hanya ketua kelas sahaja yang memberi salam atau ucapan selamat.
7.    Sebaik sahaja sampai ke bilik tersebut tunggu arahan guru untuk masuk ke bilik tersebut.
8.    Pastikan kasut dan beg disusun rapi di luar bilik khas atau di rak yang telah disediakan 




Etika Beratur bagi murid kelas pemulihan jQAF, Kelas Tamil, dan Kelas Moral;

1.    Murid yang pergi ke kelas ini haruslah menulis nama mereka di bahagian catatan “hal-hal lain”. Minta tolong guru catatkan nama mereka dalam buku kawalan kelas.
2.    Hendaklah beratur didalam dua barisan. (Murid lelaki dihadapan manakala murid perempuan di belakang.)
3.    Murid rendah dihadapan manakala yang tinggi kebelakang.
4.    Murid yang rendah hendaklah berada di hadapan barisan diikuti murid yang tinggi berada di belakang sekali.
5.    Apabila semua murid telah bersedia barulah memulakan pergerakan mengikut laluan yang ditentukan.
6.    Semua murid hendaklah berdisiplin semasa berjalan. JANGAN MEMBUAT BISING, JANGAN BERLARI DAN JANGAN BERJALAN MELEBIHI GARISAN KUNING.
7.    Apabila bertemu dengan guru, pelawat atau sesiapa sahaja cukup dengan hanya murid yang di depan sahaja yang memberi salam atau ucapan selamat.
8.    Sebaik sahaja sampai ke bilik tersebut tunggu arahan guru untuk masuk ke bilik tersebut.
9.    Pastikan kasut dan beg disusun rapi di luar bilik khas. 


Etika Beratur selepas tamat rehat

1.    Murid tahun 4 beratur dihadapan dewan manakala murid tahun 5 dibelakang.
2.    Murid berbaris di tempat yang ditetapkan dengan dua barisan setiap kelas. ( 2 baris lelaki dihadapan diikuti murid perempuan di belakang.)
3.    Murid rendah dihadapan manakala yang tinggi kebelakang.
4.    Murid yang rendah hendaklah berada di hadapan barisan diikuti murid yang tinggi berada di belakang sekali.
5.    Murid yang beragama Islam membaca doa selepas makan bersama-sama.
6.    Murid mesti senyap dan menjaga tatatertib dan tingkahlaku sementara menunggu guru mata pelajaran mengambil mereka.
7.    Bagi mengawal murid di dewan perdana, pengawas yang menjaga kelas-kelas yang telah ditetapkan haruslah menjaga kelas tersebut. Ini adalah bagi melancarkan perjalanan ke kelas-kelas menjadi teratur dan tidak bertembung sesama mereka.
8.    Guru matapelajaran selepas rehat perlu mengambil anak murid mereka bagi melancarkan perjalanan ke kelas menjadi lancar.



Etika Beratur ketika balik

1.    Hendaklah beratur didalam satu barisan. (Murid lelaki dihadapan manakala murid perempuan di belakang.) Baris di sebelah dinding kelas.
2.    Murid rendah dihadapan manakala yang tinggi kebelakang.
3.    Ketua kelas hendaklah berada di hadapan barisan manakala penolong ketua kelas hendaklah berada di belakang sekali.
4.    Apabila semua murid telah bersedia barulah memulakan pergerakkan mengikut laluan yang ditentukan.
5.    Semua murid hendaklah berdisiplin semasa berjalan. JANGAN MEMBUAT BISING, JANGAN BERLARI DAN JANGAN BERJALAN MELEBIHI GARISAN KUNING.

Penggunaa Buku Kawalan Di Bilik Khas

1.    PihakPentadbir hendaklah menyediakan sebuah buku keluar masuk murid.
2.    Di akhir waktu pdp buku tersebut hendaklah dihantar ke pejabat.


Sebelum taklimat pembudayaan beratur 
 Selepas taklimat pembudayaan beratur
 Murid tekun mendengar taklimat
 Demo meluruskan barisan
 Demo berbaris ke bilik-bilik khas
 Ketua kelas berbaris dihadapan semasa berjalan
 Murid berpegangan tangan ketika berjalan
 Pelaksanaan murid berjalan ke kelas
 Pelaksanaan murid berjalan ke kelas


Disediakan oleh:
Mahadir








                                                                                                                                                            





No comments:

Post a Comment