... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, August 27, 2013

Perhimpunan Mingguan Sesi Petang Minggu 31

Hari : Isnin
Tarikh : 26 Ogos 2013
Masa: 5.50 petang hingga 6.40 petang

GURU BERTUGAS:
1. Grace a/p Danaraj (Ketua)
2. Nik Rosmaliza binti Nik Hussain
3. Arnny Yusnita binti Md Enarji
4. Siti Maziah binti Mohamad Tajuddin
5.Aznita binti Ahmad
6. Hastipa@Zaiton binti Mat Daud
7. Suzelawati binti Zakaria

LAPORAN:
1.0   Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
        1.1   Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
        1.2   Bacaan Doa oleh pengawas, Asyraaf Aqasha (3 Zeta)
        1.3   Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn Nik Rosmaliza binti Nik Hussaain
        1.4   Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Sesi Petang, Alya Fariha (3 Sigma)

2.0   Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn Suhaizan binti Sukiman)
        2.1   Murid-murid tidak memakai kasut sewaktu beredar/bergerak dari bilik-bilik khas ke bilik darjah. Ini menyebabkan stoking sekolah menjadi kotor. Sepatutnya murid terus memakai kasut selepas keluar dari bilik-bilik khas, bukannya memegang kasut untuk ke bilik darjah.  

3.0    Ucapan Guru Bertugas (Pn Nik Rosmaliza binti Nik Hussain)
        Tema:   Saya Anak Malaysia
        3.1   Perlu bersyukur kerana kita hidup dalam keadaan yang cukup aman, harmoni dan    
                merdeka.
        3.2   Melahirkan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
        3.3   Cara untuk melahirkan rasa bangga adalah dengan mematuhi peraturan yang telah  
                ditetapkan.
        3.4   Sebagai murid perlu menghormati guru-guru.
        3.5   Jadilah murid yang rajin dan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi pemimpin  
                masa hadapan bagi meneruskan kegemilangan Malaysia dan ekonomi Negara.
        3.6   Sayangilah alam sekitar kita untuk diwariskan kepada anak-anak cucu kita pada masa
                akan datang.
   
 4.0 Keceriaan Kelas bagi Minggu 30 


TAHUN 1
  • Tempat Pertama - 1 Ortopedik
  • Tempat Kedua - 1 Anestesiologi
  •  Tempat Ketiga - 1 Hematologi
TAHUN 2
  • Tempat Pertama - 2 Marikh
  • Tempat Kedua - 2 Zuhrah
  • Tempat Ketiga - 2 Zuhal
TAHUN 3
  • Tempat Pertama - 3 Alfa
  • Tempat Kedua - 3 Theta
  • Tempat Ketiga - 3 Zeta
5.0  Perkataan LAWAD Minggu ini        5.1   Bahasa Melayu : Melayur – Mendiang di api / salai / panggang
        5.2   Bahasa Inggeris : brochure - risalah
        5.3   Bahasa Arab : Haqlun – Sawah / bendang

6.0   Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Tahun 2013
        Pengerusi Majlis : Puan Rashidah binti Mahmad
        
6.1  Ucapan Penolong Kanan Petang (En. Rosdin bin Ibrahim)
·         Tema kemerdekaan pada tahun ini adalah “Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku”.
·         Kita sebagai warganegara perlulah bersyukur kerana negara kita aman tanpa ada peperangan seperti negara-negara lain.
·         Sedekahkan Al-fatihah kepada pemimpin dan pejuang yang telah berjuang bermati-matian demi mempertahankan negara.
.     Terima kasih kepada AJK Pelaksana kerana dapat menganjurkan program ini untuk menyedarkan kita betapa pentingnya semangat cintakan negara Malaysia.
.     Murid- murid sesi petang akan dijalankan program ini di dalam kelas masing-masing.
.     Laungan bersama murid : " Malaysia Berdaulat: Tanah Tumpah Darahku", dan seterusnya merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2013.
.     Pengawas Neofaris (3 Omega) menyerahkan bendera Malaysia kepada En. Rosdin bin Ibrahim, Penolong Kanan Petang.
.     Murid-murid bersama-sama menyanyikan lagu patriotik "Tanggal 31" dan "Jalur Gemilang" sambil mengibarkan bendera.
Pehimpunan berakhir jam 6.40 petang.



Bacaan doa oleh Asyraaf Aqasha (3 Zeta)

Laporan Guru Bertugas Minggu 30 - Puan Suhaizan binti Sukiman



Disediakan oleh : Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain

No comments:

Post a Comment