Friday, July 18, 2014

Anugerah Guru Frog 2014

FrogAsia telah melancarkan Anugerah Guru Frog 2014 (Frog Teacher Awards 2014) untuk mengiktiraf dan meraikan guru-guru yang telah menyumbangkan usaha cemerlang dalam pembentukkan generasi baharu sejajar dengan perkembangan teknologi.

Pencalonan bermula pada 16 Mei 2014 hingga 16 Jun 2014. Keputusan rasmi telah diumumkan oleh pihak FrogAsia pada 17 Julai 2014. Puan Arjunawati binti Ahmad Nuze, Penyelaras ICT SKTPP telah menerima penghargaan bagi kategori Penggunaan Chromebook Secara Inovatif.

Kami, warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau atas pengiktirafan dan penghargaan yang diperolehi. Kami amat berbangga dengan kejayaan ini.

Klik di sini untuk mengetahui senarai nama penerima anugerah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

No comments:

Post a Comment