... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 7, 2014

Program Tautan Ilmu dan Anakku Sayang

Program Tautan Ilmu dan Anakku Sayang telah dilancarkan di SK Taman Putra Perdana pada 7 Julai 2014. Program ini memberi penekanan kepada murid-murid LINUS 2.0.

Program Tautan Ilmu merupakan satu program yang memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam disiplin ilmu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta mengira dalam disiplin ilmu Matematik. Sasaran untuk program ini ialah murid Tahun 1 dan Tahun 4 yang telah dikenalpasti, melalui saringan, belum menguasai asas kemahiran membaca, menulis dan mengira kecuali murid yang berkeperluan khas.

Strategi Program ini ialah Pasukan Pemandu Program Tautan Ilmu PPD Sepang akan membimbing sekolah dalam penyediaan persekitaran PdP yang berkesan dengan menggunakan bahan PdP mengikut keupayaan murid dan tahap penguasaan, pendekatan yang sesuai dan latihan dan bimbingan guru yang berterusan. Guru mata pelajaran yang telah didedahkan dan dilatih dengan program Tautan Ilmu bersama guru pendamping (guru pemulihan khas) akan melaksanakan program ini. Murid akan dibahagikan kepada kumpulan mengikut tahap penguasaan. Pembelajaran berkumpulan dilaksanakan menggunakan modul pembelajaran dan pendekatan yang sesuai.

Program Anakku Sayang adalah satu program Linus 2.0 2014 yang bersamaan dengan konsep mentor mentee ataupun anak angkat. Setiap murid Linus akan diserahkan keoada guru-guru yang terlibat bertujuan mengajar seterusnya mengeluarkan mereka dari senarai murid Linus.

Objektif program ini ialah memberikan murid pengetahuan asas membaca dan mengira serta menanamkan sikap mementingkan ilmu pengetahuan dan semangat sukakan pelajaran. Rasionalnya program ini memberi peluang kepada murid-murid Linus mempelajari asas-asas bacaan dan nombor. Memberi peluang kepada murid mengenali guru-guru dengan lebih rapat. Justeru, memberikan pendedahan tentang ransangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid dalam bidang akademik.

Diharap program ini dapat mencapai objektif seperti yang dikehendaki dan Linus sifar dapat dicapai.

Pn Azura Farina memmberi penerangan mengenai
Program Tautan Ilmu dan Program Anakku Sayang
Penyerahan modul kedua-dua program  kepada guru yang terlibat

No comments:

Post a Comment