Friday, July 25, 2014

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan, Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan Anak Yatim & Majlis Bersalaman Menyambut Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2014 (sesi petang)



“ BACALAH, DENGAN NAMA TUHANMU YANG TELAH MENJADIKAN KALAM. DIA TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARI SEGUMPAL DARAH. BACALAH DAN TUHANMULAH YANG MAHA PEMURAH, YANG MENGAJAR (MANUSIA) DENGAN PERANTARAAN KALAM.  DIA MENGAJARKAN KEPADA MANUSIA APA YANG TIDAK DIKETAHUINYA”.   (SURAH AL-ALAQ: AYAT 1 HINGGA 5)


Pada hari ini, telah berlangsungnya program penutupan Ihya' Ramadhan, Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan Anak Yatim dan Majlis Bersalaman menyambut Hari Raya Aidilfitri. Program ini merupakan acara kemuncak kepada aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sepanjang bulan Ramadhan. Antara aktivitinya adalah seperti kuiz, tazkirah ramadhan dan tadarus al-quran.

Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi. Majlis ini juga merupakan kesinambungan bagi mengeratkan ukhwah silaturrahim di antara murid dan guru-guru di sekolah ini khususnya. Ianya melibatkan murid-murid Tahun 3.

Dalam majlis ini juga diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan diakhiri dengan majlis bersalaman.

Gambar-gambar yang dirakam sekitar majlis berlangsung


Pengacara Majlis En Saifullah b Mat Saufi
Murid-murid yang hadir 
Ucapan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SKTPP

Peserta majlis khatam Al-Quran dipimpin oleh Ustaz Ahmad Zunaidi b Jinalabin
Penyerahan sumbangan untuk anak yatim.
Disempurnakan oleh Guru Besar dan diiringi oleh Pn Rosmah bt Jamat GPK Petang
Pn Norazian bt Mat Anuar sebagai pengaca Majlis Bersalaman
Guru-guru bersedia untuk bersalaman bersama duit raya
Tidak lupa logo popular - "Benci Dadah" saat bersalaman

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga diberkati Allah S.W.T


Disediakan oleh,
Arzah

No comments:

Post a Comment