... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 21, 2014

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-27 (Sesi Petang)


Tarikh               :  21 Julai 2014
Masa                :  1.20 – 1.50 Petang
Tempat             :  Dewan Perdana

Guru Bertugas
1. Pn. Nor Suriati Bt. Ismail
2. Pn. Nor Maziah Bt. Abd. Malek
3. Pn. Zabedah Bt. Othman
4. Pn. Azura Farina Bt. Abdullah
5. Pn. Salmi Bt. Amir
6. Cik Zalina Bt. Ismail

Laporan, ulasan, nyanyian, bacaan doa dan ikrar
a) Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah dipimpin oleh Pn. Salmi bt Amir
b) Bacaan doa diketuai oleh Najwan Danish Danial b. Izwan Fazli (2 Anestesiologi)
c) Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya : Pn. Salmi Bt. Amir
d) Ikrar Murid : Hurin Batrisya Amani bt Ahmad Junaidi Doiniljalalaini (3 Zuhal)

Ucapan guru bertugas Pn. Salmi Bt. Amir
1. Guru mengingatkan kepada murid-murid tentang menghormati hak orang lain.
2. Murid diingatkan supaya tidak mengambil hak orang lain seperti mengambil buku kawan,  menconteng buku kawan atau menggunakan barang orang lain tanpa kebenaran pemiliknya.
3. Selain itu murid juga diingatkan supaya menggunakan apa-apa hak milik awam dengan baik.

Ucapan Penolong Kanan Petang
1. Peringatan kepada murid agar lebih berhati-hati ketika pulang berhari raya di kampung. 
2. Murid juga diingatkan agar sentiasa menjaga keselamatan sepanjang cuti menyambut Hari Raya       
    Aidilfitri yang bakal menjelang.
3. Cuba elakkan diri dari bermain mercun dan apa juga yang boleh mendatangkan kecelakaan kepada 
    diri dan orang lain.
4. Sebagai mengenang peristiwa duka yang melanda rakyat Malaysia (pesawat MH17), Ustaz 
    Zainuddin dijemput untuk memimpin bacaan doa kepada seluruh mangsa dan keluarga yang terlibat 
   agar Allah merahmati mereka.

Berikut adalah gambar yang sempat dirakam sepanjang perhimpunan dijalankan.

Guru-guru yang bertugas pada minggu ini
Bacaan Doa oleh adik Najwan Danish Daniel
Bacaan Ikrar Murid oleh adik Hurin Batrisyia
Ucapan Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah Bt. Jamat
Ustaz Zainuddin memimpin doa bagi mangsa-mangsa dan keluarga insiden pesawat MH17

Perhimpunan tamat pada pukul 1.50 petang

Laporan disediakan oleh:
Nor Maziah Bt. Abd Malek

No comments:

Post a Comment