... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, July 7, 2014

Laporan Perhimpunan Mingguan ke-25 (Sesi Pagi)

Tarikh  : 7 Julai 2014
Masa   : 7.30 - 8.10 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas : 

1. Encik Tarmiji bin Sabali
2. Puan Astina binti Mahad Nor
3. Puan Norhafiza binti Ismail
4. Puan Norsiah binti Mohd Noor
5. Puan Nor Azura binti Mohd Asir
6. Puan Khaironnajmi binti Haron
7. Puan Nurul Huda binti Hasbullah (Cuti bersalin)

Laporan, ulasan, nyanyian, bacaan doa dan ikrar

a) Nyanyian dipimpin oleh Puan Astina binti Mad Nor.
b) Bacaan doa diketuai oleh Muhammad Shahrizal bin Rahmat (6 Seraya)
c) Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya : Puan Nor Azura binti Mohd Asir
d) Ikrar Murid : Aniq Iqbal Bin Zulkarnain (6 Seraya)

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Noor Hayati bin Yusof

1. Murid yang sakit dari rumah tidak perlu hadir ke sekolah.
2. Semua murid Islam dikehendaki berada di dewan Perdana bagi yang tidak terlibat dengan Program    
Tadarrus pada waktu rehat. Murid tidak dibenarkan pergi ke kedai buku atau tempat lain kerana ia boleh     menganggu perjalanan tazkirah.
3. Bagi murid Moral hendaklah makan di kantin pada waktu rehat dan tidak dibenarkan merayau di sekeliling kawasan sekolah.
4. Kebersihan persekitaran sekolah amat memuaskan.

Peyampaian hadiah keceriaan kelas

PPKI       Tempat  1- Compaq
                             2- Lenovo
                             3- Apple

Tahun 4    Tempat 1 - Zeta
                             2- Theta
                             3- Sigma

Tahun 5    Tempat 1- Waja
                             2- Alza
                             3- Persona

Tahun 6   Tempat 1- Resak
                            2- Seraya
                            3- Jati

Ucapan guru bertugas oleh Puan Nor Azura binti Mohd Asir

Tema : Jimatkan Penggunaan Eletrik

1. Gunakan komputer riba atau komputer yang mempunyai skrin leper.
2. Setiap kali menggosok pakaian, hendaklah dalam jumlah yang banyak.

3. Matikan suis lampu dan kipas sekiranya hendak keluar dari kelas.
4. Simpan stok barang dalam peti sejuk hanya dua pertiga sahaja.
5. Tutup bekas bahan bercecair dan bungkus makanan yang disimpan dalam peti sejuk.
6. Elakkan daripada menyimpan makanan yang panas atau suam.

Ucapan daripada Puan Azizah binti Mukhlas Penolong Kanan Kokurikulum.

1. Murid perempuan yang beragama Islam digalakkan memakai tudung lebih-lebih lagi pada bulan Ramdhan yang mulia.
2. Murid-murid hendaklah memberi salam kepada semua warga sekolah termasuklah Pembantu Pra,
 Pembantu PPKI.
3. Murid-murid hendaklah menjaga perangai terutamanya pada waktu tazkirah. Murid perlu senyap, latih diri supaya senyap terutamanya di tapak perhimpunan dan di dewan. Murid-murid perlu menghormati guru-guru, ustaz, ustazah dan semua warga sekolah termasuklah ibu bapa.

Berikut paparan semasa perhimpunan


Disediakan oleh : Azlina binti Mat Isa (Guru Bertugas)

No comments:

Post a Comment