Tarikh : 21 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan 1435 Hijrah
Masa : 9.00 pagi
Nama penceramah : Al Fadhil Ustaz Asyapul Adli bin Satiman
Pengisian ceramah :
Murid diingatkan tentang kepentingan memenuhi tanggung jawab terhadap ibu bapa, guru dan masyarakat. Murid juga diingatkan supaya berakhlak mulia. Al-Quran yang diturunkan merupakan panduan hidup setiap masa. Perbuatan baik yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan mendapat pahala yang berganda daripada Allah S.W.T. Ceramah yang diselangi slaid yang menarik dan kata-kata al-Fadhil ustaz membuatkan murid merasa insaf dengan kelemahan dan kekhilafan yang pernah dilakukan oleh mereka.
Berikut adalah sebahagian daripada suasana sepanjang ceramah tersebut berlangsung:
Membaca Taubat Nasuha
Murid membaca doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim agar mendapat keampunan
Penghayatan ceramah dari murid perempuan
Penghayatan ceramah dari murid lelaki
Penyampaian cenderahati dari GB buat penceramah - syukran ya ustaz
No comments:
Post a Comment