... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, July 4, 2014

Penggambaran Guru Penyayang oleh Berita Harian

Melalui blog sekolah, pihak Berita Harian telah tertarik dengan program Guru Penyayang Mengalu-alukan Kehadiran Murid yang dilaksanakan di sekolah ini. Setelah membuat temujanji, hari ini wartawan dan jurugambar Berita Harian telah hadir untuk melakukan wawancara dan penggambaran program tersebut. Bagi mendapatkan gambar-gambar yang cantik, sesi penggambaran dilakukan pada sebelah petang. Menurut wartawan Pn. Azlina, sekiranya penggambaran dilakukan pada sebelah pagi, gambar yang diambil dengan cahaya yang agak gelap akan kurang berkualiti.
   Wartawan tiba seawal jam 1.00 tengah hari. Setelah mewawancara Guru Besar dan PK Petang, mereka memulakan shooting di kedua-dua pagar A dan B. Seterusnya, mereka menemuduga 2 orang murid iaitu Hurin Batrisyia Amani binti Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini dan Reeshmenraj a/l Jaiganesh serta guru bertugas menjaga pagar iaitu Pn. Nik Rosmaliza dan Pn. Saadiah. GB, PK Petang; Pn. Rosmah, Pn. Grace, Pn. Nurrulhuda Yaakob dan Pn. Juli turut sama dalam sesi penggambaran tersebut.
   Semua yang diwawancara sepakat mengakui program arahan KPM ini sangat baik dan berkesan dalam menerapkan budaya penyayang dalam kalangan guru dan murid-murid. Demikian juga aktiviti-aktiviti lain di dalam Program Guru Penyayang ini iaitu program mentor-mentee dan penghargaan hari jadi murid. 
   Kalau tiada aral, berita tersebut akan dimuatkan dalam akhbar Berita Harian pada hari Jumaat (11 Julai 2014) ini. Sama-sama kita dapatkan BH pada hari tersebut sebagai kenang-kenangan...

GB diinterview oleh wartawan BH dalam bilik GB
Wartawan dan jurugambar BH
PK Petang turut sama
 Bersedia untuk shooting
GB melakukan rutin biasa seorang guru yang bertugas mengalu-alukan kehadiran murid
Sesi penggambaran di pagar B
Di pagar A
Interview murid
Terima kasih BH

No comments:

Post a Comment