SASARAN: MURID-MURID TAHUN 6 SKTPP
MASA: 7.00- 7.30 PAGI
TEMPAT : KUMPULAN A (DEWAN PERDANA) KUMPULAN B (DEWAN PUTRA)
HARI : SELASA DAN KHAMIS
Program ini dijalankan khas untuk murid-murid tahun 6 yang
bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Murid –murid akan berkumpul dan dibahagikan
kepada 2 kumpulan:
- Kumpulan A
· 6 Seraya
· 6 Resak
· 6 Nyatuh
· 6 Meranti
- Kumpulan B
· 6 Keruing
· 6 Balau
· 6 Cengal
· 6 Balau
· 6 Almon
Pada hari Selasa guru-guru B.Melayu dan Matematik akan
bertindak sebagai fasilitator manakala hari Khamis pula guru-guru B.Inggeris
dan Sains akan mengambil tempat sebagai fasilitator.
Fasilitator akan bertindak sebagai pembimbing kepada
murid-murid bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Program yang bermula
pada bulan Februari ini akan berakhir pada bulan September. Aktiviti ini biasanya dibatalkan sekiranya murid akan menghadapi peperiksaan peringkat sekolah kerana untuk memberi laluan kepada murid membuat ulangkaji sendiri.
Harapan Unit Kecemerlangan UPSR semoga aktiviti
yang dijalankan ini dapat membantu murid-murid SKTPP mencapai kecemerlangan
dalam UPSR pada tahun 2014.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam program selama 30
minit yang bermula pukul 7.00 hingga
7.30 adalah:
-Penerangan tajuk terpilih menggunakan kaedah peta minda.
-Kuiz siapa cepat dia dapat
- Latihan bercetak (Perbincangan)
- Simulasi (Sains)
OBJEKTIF PROGRAM:
·
Mengisi masa terluang murid pada waktu pagi
sebelum kelas bermula.
·
Menambah pengetahuan murid berkaitan aktiviti
yang dijalankan.
·
Latih tubi yang ringkas serta mudah bagi
menambah keyakinan murid untuk belajar.
·
Simulasi yang dijalankan untuk menarik minat
murid untuk belajar.
Gambar-gambar semasa pengendalian program
sehari selembar benang.
Murid-murid ceria dan teruja melihat simulasi guru sains bertajuk : Sistem Suria |
Perbincangan murid-murid dalam kumpulan berkaitan soalan yang diberikan. |
Aktiviti individu murid soalan matematik (kertas 2) |
Murid membaca berpandukan peta minda sebelum kuiz siapa cepat dia dapat dijalankan. |
Murid berbincang bersama rakan-rakan semasa aktiviti Bahasa Melayu. |
Aktiviti Bahasa Inggeris bagi kumpulan B di Dewan Putra |
Assalamualaikum
ReplyDeleteSaya ada membangunkan aplikasi android untuk blog SK Taman Putra Perdana ini untuk memudahkan para guru, murid dan ibu bapa mengakses blog ini melalui telefon pintar android. Diharap ia dapat memberi manfaat kepada semua. Pautan bagi aplikasi ini adalah seperti berikut - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.technobyte.sktpp.
Sekian terima kasih.