... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, March 11, 2016

Program Mentor Mentee Bulan Mac 2016

Program Mentor Mentee adalah amalan Guru Penyayang yang sentiasa dilaksanakan di SK Taman Putra Perdana sejak diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada Tahun 2012. 

Program Mentor Mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid yang  melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu kepada masyarakat dan negara.

Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut:
a. Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PSDM)
b. Peningkatan Disiplin Diri Murid (PDDM)
C. Psikososial Dan Kesejahteraan Mental Murid (PKMM)
d. Pendidikan Kerjaya Murid (PKM)

Aktiviti Yang Dijalankan Mengikut Tahun:

TAHUN 4:
Bidang : PDDM
Tajuk: Pengurusan Masa
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1. Mengurus masa dengan berkesan
2. Melakukan aktiviti berfaedah

TAHUN 5:
Bidang: PSDM
Tajuk: Kemas Diri
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1. Menyenaraikan kebaikan mengamalkan kekemasan dan kebersihan diri
2. Mengurus diri dengan kemas dan bersih

TAHUN 6:
Bidang:PKMM
Tajuk: Aku Cantik dan Kemas
Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:
1. Menyatakan cara-cara pengurusan diri yang betul
2. Menguruskan diri dengan kemas dan bersih

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Program Mentor Mentee dijalankan:




Semoga bertemu lagi dalam Program Mentor Mentee yang akan dijalankan pada 26 April 2016 nanti. Diharapkan Program Mentor Mentee ini akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid, di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid.

No comments:

Post a Comment