... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, March 20, 2016

Projek Melukis Mural TOA

Terima kasih buat pensyarah dan pelajar-pelajar Kolej The One Academy (TOA), Bandar Sunway yang telah menaburkan khidmat masyarakat melukis mural pada dinding dan tiang sekolah. Seramai lebih 50 orang pelajar telah berkampung melukis dan mengecat lukisan bertema haiwan pada 19 dan 20 Mac 2016. Pelajar-pelajar tersebut turut membimbing 10 orang murid Sahabat PPDa berkaitan teknik dan ilmu lukisan ini. Hasilnya sangat membanggakan. Kerja-kerja menulis kata-kata PPDa akan disambung pada minggu hadapan.
   YB Shahrum; ADUN Dengkil serta Pn. Farah Fadhia (Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang) telah sudi meluangkan masa melihat pelajar-pelajar tersebut melukis di sekolah. Terima kasih YB.
  Semoga jaringan dan jalinan bersama TOA ini akan dapat diteruskan lagi pada masa depan baik dalam bidang lukisan maupun khidmat lain yang boleh memberi kebaikan kepada anak-anak murid serta warga sekolah ini.
(Lagi laporan yang sama dalam blog PPDa di sini)
























No comments:

Post a Comment