... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, March 1, 2016

Majlis Pelancaran Program "The Champion" dan G-8 2016

Pada 1 Mac 2016, telah diadakan pelancaran Program The Champion dan G-8 di Dataran Perhimpunan SKTPP. Program ini diselia di bawah unit Kurikulum dengan kerjasama unit Bimbingan dan Kaunseling (BBK). Program The Champion ini merupakan satu program hasil pemikiran Ketua Pengarah Pendidikan Selangor dengan tujuan untuk meningkatkan Pencapaian UPSR Negeri Selangor.  

Sasaran murid Champion adalah murid yang akan menduduki UPSR. Seramai 50 orang murid tahun 6 yang akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan pencapaian terbaik dalam Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1) yang akan diadakan pada 8-10 Mac ini. Unit yang berkenaan akan bertanggungjawab memastikan murid-murid tersebut mendapat latihan, bimbingan dan tunjuk ajar agar sasaran 6A UPSR tercapai.

Manakala G-8 pula adalah program untuk murid yang memperoleh gred C dan D. Murid-murid ini akan digilap dan diberi tunjuk ajar yang lebih ke arah meningkatkan potensi mereka agar memperoleh gred A dan B dalam pencapaian UPSR nanti.

Kami di SKTPP mengharapkan pencapaian yang terbaik untuk anak-anak didik kami. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat murid-murid Champion dan juga semua murid UPSR.

Berikut gambar sepanjang majlis pelancaran...

Pn. Mazaini Muda selaku pengerusi majlis

 Bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman Abdullah



Pn. Hajah Rohaidah bt Mohd Ali (GURU BESAR SKTPP) 
memberi ucapan dan merasmikan Pelancaran Program The Champion dan G-8 2016

Wakil dari 9 kelas tahun 6 memberikan slogan masing-masing untuk ditandatangani oleh 
Pn. Guru Besar sebagai tanda memberi semangat dan sokongan terhadap murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2016

Murid-murid SKTPP semasa pelancaran dilaksanakan.


Kami berharap semua murid SKTPP terus cemerlang di masa akan datang. 
Semoga SKTPP terus unggul.

Disediakan oleh:
Norbaizura Nordin

No comments:

Post a Comment