Thursday, March 3, 2016

Program Motivasi Kemahiran Belajar Tahun 6 2016

Pada 3 Mac 2016 telah diadakan Program Motivasi Kemahiran Belajar Tahun 6 2016 di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana. Program ini anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Peningkatan Tahun 6 2016. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahaan awal mengenai kemahiran yang bersesuaian dengan pendidikan masa kini. Program ini juga memberi pendedahan yang berguna kepada murid yang memberi fokus kepada teknik pembelajaran yang lebih baik. 

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung adalah :
Slot 1 - Membuka Minda & Mengenal Pasti Kesilapan
Slot 2 – Kreativiti & Penulisan Berkesan
Slot 3 – Mengenal Peta Minda
Slot 4 - Teknik Menghafal Menggunakan Peta Minda
Slot 5 – Muhasabah Diri ” Menjadi Johan” 
           
Semoga murid-murid dapat mengaplikasikan teknik yang dipelajari bagi meningkatkan pencapaian dalam UPSR nanti.

Dr. Abdol Aziz Sahat selaku penceramah dari Akademi Minda Bistari memperkenalkan diri kepada murid-murid.
Murid berjaya menghafal perkataan tanpa melihat skrin 

Murid-murid khusyuk mendengar taklimat yang diberikan. 


Ujian Minda
Murid-murid bersemangat untuk menjawab soalan.
Murid-murid menyelesaikan tugasan yang diberi
                     Disediakan oleh : 
                     Roseniza Binti Setapa 
                     Norliza Binti Ali @ Yasim

No comments:

Post a Comment