Wednesday, March 23, 2016

Program Jaulah Imtiyaz 2 / 2016

Alhamdulillah.... sudah menjadi tradisi tahunan, Panitia B. Arab berbesar hati menganjurkan Program Jaulah Imtiyaz.

Jaulah Bermaksud Kembara atau Bersiar- siar atau Lawatan.
Imtiyaz pula membawa maksud Murid Cemerlang.
Jaulah Imtiyaz bermaksud Kembara Murid Cemerlang Bahasa Arab.

Panitia B. Arab telah memilih murid-murid cemerlang B. Arab berdasarkan markah dalam peperiksaan Akhir Tahun 2015. Ianya sebagai ganjaran dan hadiah galakan bagi murid-murid cemerlang dalam B. Arab seterusnya menjadi inspirasi kepada murid- murid lain untuk lebih cemerlang dalam penguasaan bahasa Arab.

Program Jaulah Imtiyaz Siri 1 telah diadakan pada tahun 2015 dengan penyertaan murid- murid Tahap 2 sahaja. Bagi memberi peluang dan pendedahan murid tahap 1, pada tahun ini Jaulah Imtiyaz Siri 2 mengambil penyertaan murid tahap 1 dan 2.

Program Jaulah Imtiyaz 3 ini diadakan pada 23 Mac 2016. Tempat- tempat yang dilawati iaitu:
            Pertama          : Melawat Istana Negara, (Muzium Diraja) Kuala Lumpur.
            Kedua              : Melawat Taman Burung, K. Lumpur.
            Ketiga              : Lawatan dan makan tengah hari ditaja oleh pihak Masjid Negara.
            Keempat         : Lawatan dan aktiviti explorace di Muzium Kesenian Islam K. Lumpur.
            Kelima            : Membeli belah di Beryl’s Chocolate Wonderland, Seri Kembangan.

Guru B. Arab SKTPP Jaulah di Masjid Negara, K. Lumpur.
Santai..peserta Jaulah Imtiyaz 2, di Taman Burung K. Lumpur
Yeah...Peserta Jaulah Imtiyaz 2.. Kami Benci DARVIH
Mengintai si burung hantu
Ceria.. di Taman Burung
Bacaan doa.. sebelum bertolak ke tempat- tempat lawatan
Puashati.. berjalan sampai letih di taman Burung
Menarik.. penerangan tentang artifak di Muzium Kesenian Islam
Teruja.. melihat sendiri kediaman dan cara hidup Raja di Istana
Ustaz Zuril sentiasa memantau disiplin dan memberi taklimat
Di Masjid Negara
Membeli- belah coklat di Beryl's Chocolate Wonderland
Makan tengah hari tajaan Masjid Negara. Terima kasih...

Tahniah kepada murid-murid yang terpilih.

Semoga berjumpa lagi dalam Jaulah Imtiyaz 3 akan datang.. In Sha Allah.

(Laporan perasmian Jaulah Imtiyaz2 sila klik di sini)

Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Zubir

No comments:

Post a Comment