Saturday, March 5, 2016

Kem Bestari Solat

Alhamdulillah..
Kem Bestari Solat Siri 1, 2016 telah dijalankan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 5 Mac 2016
Hari  :  Sabtu
Masa :  7. 30 pagi - 1.00 petang.
Sasaran : Murid tahun 1 dan 6.

Kem Bestari Solat Siri 1 ini telah dihadiri oleh 220 pelajar tahun 1 dan 6. Guru- guru pendidikan Islam telah hadir menjadi fasilitator dengan dibantu oleh 20 orang murid tahun 6 yang dipilih oleh guru- guru.

Program berjalan dengan lancar sekali dengan aktiviti teori dan amali solat untuk murid- murid.

Tahniah..murid tahun 6 yang dipilih sebagai fasilitator dapat mengajar adik- adik tahun 1 tentang amali solat.

Terima kasih..Makanan disediakan oleh Panitia Pend. Islam.

Bersungguh- sungguh.. Ustazah mengajar bacaan lafaz niat solat.

Guru mengambil kehadiran peserta.

Tekun.. peserta belajar teori solat.

Amali solat secara berjemaah.





Sesi pembahagian peserta kepada kumpulan kecil.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).

Disediakan oleh,
Ustazah Norziani Bt Zubir

No comments:

Post a Comment