Thursday, March 24, 2016

Ceramah dan Pameran Antidadah

Pada 24 Mac 2016, SK Taman Putra Perdana dengan kerjasama dari pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah menganjurkan satu program yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Program ini melibatkan ceramah dan juga pameran. Ceramah yang penuh informasi telah disampaikan oleh pegawai dari AADK Daerah Sepang iaitu Cik CT Ashlida (sesi pagi) dan Encik Muhammad Firdaus (sesi petang) khusus untuk murid tahun 5 dan tahun 3.

Manakala murid-murid tahun 1, 2, 4, 6, prasekolah dan PPKI telah diberi peluang untuk melawat pameran dalam Bas Pameran Antidadah Kebangsaan. Melaui pameran ini, murid-murid dapat melihat sendiri maklumat dan gambar-gambar tentang jenis-jenis dadah dan kesan akibat penyalahgunaan dadah.

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan dalam kalangan murid berkaitan bahaya penyalahgunaan dadah. Selain itu, ia juga dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan murid-murid daripada melakukan akitiviti yang boleh menjerumus kepada penyalahgunaan dadah.

Berikut dilampirkan gambar-gambar sepanjang program ini berlangsung.





Disediakan oleh :
 Nurazlin bt. Mat Nor

Lagi laporan Ceramah dan Pameran Antidadah dalam blog PPDa SKTPP di sini.

No comments:

Post a Comment