... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, March 15, 2016

Kelas Tambahan Semasa Cuti Sekolah

Kelas Tambahan Semasa Cuti Sekolah

Semasa Cuti Pertengahan Penggal 1 mulai 12 Mac 2016 hingga 20 Mac 2016, pihak Jawatankuasa Gemilang UPSR SKTPP telah mengadakan kelas tambahan sebanyak tiga hari. Ianya diadakan pada 14, 15, dan 16 Mac 2016. Kelas tambahan ini adalah wajib bagi semua murid tahun 6 yang akan menduduki penilaian UPSR pada bulan September nanti.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membimbing murid-murid, teknik serta kaedah menjawab soalan dalam setiap ujian yang diduduki nanti.

Kelas ini merangkumi semua mata pelajaran UPSR iaitu:
1) Bahasa Melayu Pemahaman – 011
2) Bahasa Melayu Penulisan – 012
3) Bahasa Inggeris Pemahaman – 013
4) Bahasa Inggeris Penulisan - 014
5) Matematik - 015
6) Sains - 018

Walaupun kehadiran murid tidak begitu memberangsangkan, namun guru-guru tetap setia menabur bakti demi kecemerlangan anak murid SKTPP.

Diharap pada mereka yang tidak hadir, rebutlah peluang ini pada masa akan datang.


"KECEMERLANGAN ANDA KEJAYAAN KITA SEMUA"








Tahniah buat semua murid yang hadir!!

No comments:

Post a Comment