Saturday, August 5, 2017

Kem Bestari Solat Tahun 1

Pada hari Sabtu, 5 Ogos 2017 : SKTPP telah mengadakan Kem Bestari Solat Tahun 1 bermula jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi. Kem ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam.

Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dijalankan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah. 

Antara objektif Kem Bestari Solat ini diadakan adalah :
1.Murid-murid dapat mengambil wudhuk dengan sempurna.
2.Murid-murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu dengan betul.
3.Murid-murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
4.Murid-murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna samada secara bersendirian mahupun berjema'ah.

Terima kasih diucapkan buat semua guru dan murid yang telah hadir menjayakan program ini...

Berikut adalah perjalanan program pada hari tersebut.
















Posted by : Nora Azean binti Che Othman

No comments:

Post a Comment