Monday, August 14, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-30 (Sesi Petang)

Tarikh    :  14 Ogos 2017
Hari       :  Isnin
Masa     :  1.20 - 2.00 petang
Tempat  :  Dewan Perdana

Pengacara Majlis  :  Ahmad Tirmiezi b Baharuddin

Guru Bertugas  :
1.  En. Abdul Hafiz b Abdul Malek
2.  Pn. Zabedah bt Othman
3.  Pn. Maizara bt Mahat
4.  Pn. Nor Rafini bt Othman
5.  Pn. Shurhama bt Ahmad
6.  Pn. Tuan Nor'Ain bt Tuan Azhar
7.  En. Ahmad Tirmiezi b Baharuddin

Laporan / Ulasan

1.  Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.


Nyanyian dipimpin oleh Puan Salmi bt Amir.

2.  Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq 
     Ahnaf bin Mohd Kamarol Hisham.

3.  Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya dipimpin oleh En. Ahmad Tirmiezi b Baharuddin.

4.  Ikrar Murid dipimpin oleh adik Nurhasya Sofea binti Zuraidi.

5.  Laporan guru bertugas minggu ke-29 disampaikan oleh Puan Nik Rosmaliza bt Nik Hussain.

  • Berkaitan masalah disiplin murid - Kes kehilangan duit dalam kalangan murid meningkat. Murid teruja untuk membeli buku semasa pameran dan ada yang "panjang tangan" mengambil duit murid lain semata-mata untuk membeli buku. Diharap murid-murid akan lebih berhati-hati. Murid yang didapati mencuri akan dikenakan hukuman.
  • Pertandingan Bulan Bahasa - Hadiah pertandingan akan disampaikan pada majlis penutupan program tersebut.
6.  Memperkenalkan barisan guru bertugas.

Guru bertugas minggu ini # Team E

7.  Tema minggu ini:
     Kenali Thailand


  • Thailand adalah sebuah negara Monarki Konstitusional yang terletak di Asia Tenggara.
  • Majoriti penduduk Thailand adalah etnik Thai dan beragama Buddha.
  • Bangkok adalah ibu kota, kota terbesar, pelabuhan utama, dan pusat ekonomi dan budaya Thailand. 
  • Sistem sekolah Thailand memiliki tiga peringkat utama: pendidikan dasar, menengah (termasuk sekolah menengah), dan pendidikan tinggi.
  • Nasi adalah makanan asasi. Masakan Thailand sangat pedas. 
8.  Perkataan LAWAD (Learn A Word A Day)

     Bahasa Malaysia  :  menjulang
     Bahasa Inggeris   :  hall
     Bahasa Arab        :  khubzun

9.  Penyampaian hadiah kebersihan dan keceriaan kelas:

     Tahun 1
     Tempat pertama   :  Ibnu Bajjah
     Tempat kedua      :  Ibnu Thufail
     Tempat ketiga      :  Ibnu Battuta

     Tahun 2
     Tempat pertama  :  Jujur
       Tempat kedua     :  Intelek
          Tempat ketiga     :  Dedikasi


     Tahun 3
     Tempat pertama  :  Magnesium
     Tempat kedua     :  Elektrum
     Tempat ketiga     :  Ferum

10.  Ucapan Guru Besar
Ucapan Guru Besar, Puan Rohaidah bt Mohd Ali
  • Mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia dan menggesa agar guru-guru serta murid-murid menerapkan rasa cintakan negara dan bersemangat patriotik.
  • Murid-murid juga diingatkan agar mengikuti semua aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah sempena sambutan bulan kemerdekaan dengan penuh semangat.
  • Murid-murid dinasihatkan agar tidak melanggar disiplin dan peraturan sekolah.
11.  Pelancaran bulan Kemerdekaan
  • Guru Besar merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SKTPP.
  • Nyanyian lagu-lagu patriotisma.





Perhimpunan rasmi minggu ke-30 tamat pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh,
Maizara bt Mahat

No comments:

Post a Comment