Monday, August 14, 2017

Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah 2017

Alhamdulillah.., hari ini SK Taman Putra Perdana berjaya melaksanakan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia bertempat di Dewan Perdana iaitu sebaik sahaja selesai Majlis Perhimpunan Mingguan. Aktiviti ini merupakan agenda utama setiap tahun untuk warga SKTPP.

Tujuan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia ini diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman sambutan dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Bak kata peptah, tak kenal maka tak cinta.

Objektif Program:
1. Menyemai semangat cinta akan negara
2. Menyemai semangat 1 Malaysia
3. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara
4. Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin dan bekerjasama
5. Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

Aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia:
Tahun 1: Koir
Tahun 2: Tarian Kebudayaan
Tahun 3: Pakaian Beragam Bertema Kemerdekaan
Tahun 4: Pakaian Bertema Kemerdekaan
               Hiasan basikal bertemakan kemerdekaan
Tahun 5: Koir
               Nyanyian solo
Tahun 6: Reka Cipta
PPKI    :  Pakaian Beragam
Pra        : Pakaian Beragam

Buku Program Sambutan Bulan Kemerdekaan
Berikut adalah gambar-gambar aktiviti sesi pagi:

Guru-guru dan murid-murid PPKI berarak membawa Jalur Gemilang ke Dewan Perdana 

Wakil murid PPKI meunggang basikal mengetuai perarakan membawa Jalur Gemilang

Ucapan Perasmian oleh Guru Besar

Gimik Perasmian 

Guru-guru turut bersama-sama menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat

Semua murid bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu patriotik
Suasana sambutan di Sesi Petang :

Cik Athirah Amani sebagai pengacara sepanjang majlis berlangsung

Ucapan perasmian oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)

Gimik perasmian telah disempurnakan oleh Pn Hjh Rohaidah

Tepat pada sasarannya

Dimeriahkan lagi dengan gimik letupan
Bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang

Laungan oleh anak-anak merdeka

Wajah-wajah generasi Z dalam pelbagai budaya

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Fotografi dan Posting Blog
Pn Juli, Pn Azlina, Pn Shurhama & Pn Arzah

No comments:

Post a Comment