Thursday, August 3, 2017

Ladap Peningkatan Professional Guru Bahasa Arab

Khamis, 3 Ogos 2017 - Ladap (Latihan Dalam Perkhidmatan) Peningkatan Profesional Guru Bahasa Arab telah diadakan pada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat SKTPP. Program ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Arab. Penceramah dijemput daripada Jabatan Bahasa Arab IPIS Bangi, Ustazah Nor Ashikin binti Kamaruddin. Turut hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Faizal dan wakil Ketua Jabatan Bahasa Arab IPIS, Ustaz Ziyad. Ladap ini diadakan bertujuan untuk mengadakan perkongsian idea dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Panitia Bahasa Arab, guru-guru Bahasa Arab dan jutaan terima kasih kepada penceramah, para jemputan, dan para pentadbir sekolah khususnya Guru Besar SKTPP, Puan Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali kerana sama-sama menyokong dan membantu menjayakan program ini. Semoga usaha ini akan memberi manfaat kepada semua murid seterusnya meraih kejayaan yang besar kepada murid-murid SKTPP.

                                        
                                      

 



    



Posted by: Nora Azean binti Che Othman

No comments:

Post a Comment