Monday, August 14, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-30 (Sesi Pagi)

Tarikh: 14 Ogos 2017
Masa: 7.30 - 8.00 pagi

Guru bertugas:
1. Pn. Maimunah binti Yob
2. Pn. Azlina binti Mat Isa
3. Pn. Nurrulhuda binti Yaacob
4. Pn. Nor-Azura binti Mustafa
5. Pn. Faridatul-Akmal binti Ismail
6. Pn. Norziani binti Zubir
7. Pn. Norbaizura binti Nordin
8. En. Muhammad Dzarfan b. Kamar Bahrin

Laporan Perhimpunan:

Perhimpunan sekolah dapat dijalankan seperti biasa. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut:
1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas
2. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Pn Azlina Mat Isa dan ikrar murid oleh adik Amira Syazana.
4. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh En. Hariz Safwan b. Yaacob
    4.1 Disiplin secara keseluruhannya terkawal.
    4.2 Kebersihan kelas dan kantin perlu dipertingkatkan

5. Ucapan guru bertugas oleh Pn. Norziani binti Zubir. Tema: Kenali Thailand
    5.1  Negara ini termasuk dalam senarai negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam.
    5.2  Oleh kerana Thailand dan Malaysia adalah jiran terdekat, maka kita dapat lihat cara hidup rakyat Malaysia dan Thailand tidak jauh berbeza.

6. Keceriaan kelas.
    Tahun 4: 1. Nafiri    2. Kompang      3. Rebana
    Tahun 5: 1. Surgeri  2. Respiratori   3. Hematologi
    Tahun 6: 1. Marikh  2. Utarid           3. Neptune
    Kelas PPKI:  1. Aquatics  2. Soccer   3. Cricket

7. Ucapan PK Kokurikulum; En. Shahrizal bin Ya'am
    7.1 PK Koku mengingatkan kepada murid-murid tahun 6 bahawa UPSR sudah tidak lama lagi dan murid-murid diminta membuat persediaan dengan sebaik mungkin.
    7.2 Beliau juga mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan negara kita Malaysia dan menggesa agar guru-guru serta murid-murid menerapkan rasa cintakan negara dan bersemangat patriotik.
    7.3 Murid-murid juga diingatkan agar mengikuti semua aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah berkaitan sambutan bulan kemerdekaan.
    7.4 Murid-murid diminta menjaga tingkah laku dan disiplin

8. Pelancaran bulan Kemerdekaan
    8.1 Perarakan guru dan murid-murid PPKI
    8.2 Guru Besar merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat SKTPP
    8.3 Nyanyian lagu-lagu patriotisma

Disediakan oleh : Muhammad Dzarfan b Kamar Bahrin

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh En. Hariz Safwan b. Yaacob 

Barisan guru bertugas minggu ke-30 (kumpulan E)

 Ucapan guru bertugas oleh Pn. Norziani binti Zubir 

Ucapan Guru Besar Pn. Rohaidah bt Mohd Ali serta merasmikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2017

Perarakan pelancaran bulan kemerdekaan 2017





Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017

No comments:

Post a Comment