Friday, August 25, 2017

Sambutan Hari Lahir Bulan Ogos 2017

Aktiviti di bawah Program Guru Penyayang diteruskan dengan Majlis Sambutan Hari Lahir untuk murid-murid yang dilahirkan dalam bulan Ogos. Majlis ini telah diadakan pada ketetapan berikut:

Sesi Petang
Tarikh: 24 Ogos 2017
Tempat: Dewan Perdana

Sesi Pagi
Tarikh: 25 Ogos 2017
Tempat: Dataran Perhimpunan

Majlis penyampaian hadiah hari lahir telah disempurnakan oleh Puan Jumilah binti Ahmad, PK Petang dan Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Semoga majlis yang telah diadakan ini mampu memberi isyarat kepada murid-murid bahawasanya mereka amat dihargai dan disayangi oleh semua warga sekolah.

Antara momen yang sempat dirakamkan semasa berlangsungnya majlis.

Penyampaian hadiah oleh Puan Jumilah

Keceriaan terpapar di wajah murid-murid sesi petang setelah diraikan dalam majlis ini

Sesi bergambar bersama murid-murid prasekolah, PPKI dan aliran perdana sesi pagi

Puan Hajah Rohaidah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah untuk murid sesi pagi

Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada semua murid yang telah, sedang dan akan menyambutnya dalam bulan Ogos ini.

No comments:

Post a Comment