... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, August 7, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-29 (Sesi Pagi)

Tarikh      : 7 Ogos 2017
Masa        : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat     : Tapak Perhimpunan

Guru Bertugas :
1. Pn. Norhayati binti Yusof
2. Pn. Nik Kamisah binti Mohd Aziz
3. Pn. Julaili binti Onan
4. Pn. Nor Azian binti Mat Anuar
5. Pn. Siti Rabiaah binti Mohammad
6. En. Ahmad Musrizuan bin Daud

1. Bacaan Doa
2. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara, Ikrar Keselamatan Jalan Raya dan Ikrar Murid

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas - Puan Zailezah binti Sardi.

1. Puan Zailezah memaklumkan bahawa semasa perhimpunan pagi terdapat murid yang berlari-lari, ada juga yang duduk di tepi longkang. Murid-murid terutama Tahun 6 diingatkan supaya duduk di tapak perhimpunan untuk membaca buku memandangkan peperiksaan UPSR semakin  hampir.

2. Mengingatkan murid agar tidak mengejek-ngejek kerana akan menyebabkan pergaduhan. Setiap murid haruslah bersikap amanah kerana ada murid dan guru yang kehilangan barang disebabkan tidak ada sikap amanah sehingga sanggup mengambil barang kepunyaan orang lain.

4. Menegur tentang adab murid apabila bercakap dengan guru. Sesorang murid perlu menjaga adab ketika bercakap dengan guru supaya hidup lebih berkat dan selamat.

Ucapan Guru Bertugas - Encik Hariz Safwan bin Yaacob

Tema    : Kenali Brunei

Lawad  : BI      : Lift
                 BA    : Uzzah

Ucapan Pentadbir - Puan Rosmah binti Jamat (PK Hal Ehwal Murid)

1. Memaklumkan bahawa maulai hari Selasa (7 Ogos 2017) hingga 18 Ogos 2017 duit Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) RM100  untuk kali kedua akan diberikan kepada murid yang layak. Ibu bapa murid-murid yang telah mendapat surat dikehendaki datang ke pejabat sekolah untuk mengambil bantuan tersebut pada waktu pejabat.

2. Mengingatkan murid bahawa peperiksaan UPSR yang bakal dihadapi hanya tinggal 35 hari  sahaja  lagi. Diharap murid tidak leka dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi pembelajaran dalam kelas. Hargailah pengorbanan guru yang bertungkus lumus mencurahkan ilmu khususnya di dalam  kelas tambahan yang diadakan untuk murid tahun 6.

3. Berkaitan kebersihan, Puan Rosmah memaklumkan semasa rondaan dibuat, didapati bakul sampah   dalam kelas sentiasa penuh dan tidak dibuang ke dalam tong sampah hitam yang besar di luar kelas. Ada murid mengasah pensel di luar bakul sampah. Keadaan ini menyebabkan kelas menjadi kotor. Diharap murid-mutid lebih peka dalam aspek kebersihan dan kesihatan.

4. Berharap agar waktu masa akhir ambil masa 5 miint untuk menyusun meja dan membersihkan kelas  untuk digunakan oleh murid sesi petang. 

Ucapan guru bertugas 

Pengawas bertugas Reeshmenraj a/l Jaiganesh dan Amirah Qistina

Puan Zailezah menyampaikan laporan mingguan


Penyampaian hadiah kebersihan

Majlis pelancaran Minggu Pusat Sumber dan Minggu Bahasa


Bersama maskot 'transformer'

No comments:

Post a Comment