Khamis, 3 Ogos 2017 - Program Motivasi Tahun 5 telah diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 12.50 tengah hari bertempat di Dewan Perdana, SKTPP. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTPP yang bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran. Program ini juga bagi meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran berfikir, menguasai teknik Mind Map (kemahiran belajar) dan meningkatkan motivasi diri.
Objektif program :
- Memberi motivasi kepada semua murid Tahun 5 dalam meningkatkan prestasi akademik.
- Memupuk kesedaran tentang pentingnya pengurusan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
- Sentiasa berfikiran positif di dalam apa jua situasi terutamanya dalam menghadapi peperiksaan.
- Dapat merancang masa depan dengan baik dan berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah.
Penceramah jemputan ialah Dr Abdol Aziz bin Sahat merupakan Penasihat Sekolah Berasrama Penuh, Setiausaha Kehormat Persatuan Warga Cinta Negara, Perunding Akademik Program Pintar GLC dan Bendahari Alumni (ETHICA) Universiti Malaya. Beliau pernah bertugas di Universiti Malaya sebagai Penyelia Program BAKA, Akademi Infotech Mara dan Akademi Penulis.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan murid tahun 5. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penceramah, para pentadbir sekolah, pihak penganjur Unit Bimbingan dan Kaunseling dan guru-guru yang menjayakan program ini. Semoga usaha ini memberi manfaat yang besar kepada semua murid dan seterusnya lebih fokus untuk mencipta kecemerlangan diri khususnya dan sekolah amnya.
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang program berlangsung :
|
Buku program |
|
Latar pentas program |
|
Murid-murid tahun 5 berkumpul di Dewan Perdana |
|
Penceramah program, Dr Abdol Aziz bin Sahat bersama
Puan Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar SKTPP) |
|
Puan Norazian binti Mat Anuar
selaku pengacara majlis |
|
Dr Abdol Aziz sangat teruja untuk memulakan ceramah | |
|
No comments:
Post a Comment