... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, March 22, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU KE 11)


Hari : ISNIN
Tarikh : 21 Mac 2011
Masa : 6.10 – 6.40 petang

Guru Bertugas :
Pn. Nur Syukri Hidayati
Cik Nurul Akma
Pn. Shakila
Pn. Nik Rosmaliza
Pn. Noranismawati
En. Shahrizal
Pn. Nur Malisha (cuti bersalin)

Laporan/Ulasan :
1. Bacaan doa, nyanyian dan Ikrar
i. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (Dipimpin oleh Pn. Noranismawati)
ii. Bacaan doa oleh Pengawas sekolah, Muhd.Zaimi Qusyairy (3 Merbau)
iii. Ikrar Rukun Negara oleh En. Shahrizal dan Ikrar Murid oleh ketua pengawas sesi petang, Aniq Iqbal b. Zulkarnain (3 Seraya)

2. Ucapan Guru Bertugas (En. Shahrizal Bin Ya’am)
Tema:
Guru bertugas menyampaikan tema pada hari ini berkaitan dengan pembudayaan ucapan
terima kasih:
i) Ucapan terima kasih seharusnya dijadikan budaya di sekolah. Contoh:
Ø Guru memberikan sesuatu
Ø Guru selesai mengajar
Ø Guru memberi keizinan keluar kelas
Ø Meminjam barang dari rakan
Ø Membeli di kantin
Sebaiknya disusuli dengan ucapan terima kasih.
ii) Ucapan terima kasih juga perlu diamalkan di rumah.
iii) Budaya mengucapkan terima kasih menunjukkan keperibadian yang tinggi.
Justeru itu, amalan ini wajar diterapkan dalam kehidupan seharian kita serta dibudayakan
setiap waktu.
Perkataan LAWAD:
Bahasa Melayu: Mengintip bermaksud mengintai
Bahasa Inggeris: Speak bermaksud bercakap
Bahasa Arab: Astaikizu bermaksud saya bangun / terjaga
Pengumuman:
i) Kelas Tasmiq berjalan seperti biasa.
ii) Makluman kepada guru dan murid sesi petang, latihan mengosongkan bangunan akan diadakan pada hari Selasa (22 Mac 2011).
iii) Pada hari Khamis (24 Mac 2011), Pihak sekolah akan mengadakan latihan memadamkan kebakaran dan akan dikendalikan oleh pihak bomba dan penyelamat daerah Sepang.
Penyampaian sijil pemenang pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas:
Tahun 1: Gamma
Tahun 2: Alza
Tahun 3: Cengal

3. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Minggu Kesembilan) – Pn. Norhayati Binti Ismail
i. Tatacara menuju ke bilik-bilik khas, murid-murid sepatutnya beratur dan tidak membuat bising ketika menuju ke bilik khas.

4. Penyampaian Sijil Penyertaan (Ucapan oleh Pn.Nor Arzah Binti Hussin)
Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan satu kursus kepimpinan pengawas pusat sumber sekolah pada 4 Mac 2011. Majlis penyampaian sijil penyertaan kursus ini disempurnakan oleh Puan Penolong Kanan Petang, Puan Siti Hanim bt. Sungit.
1) Nur Anis Nabila Bt Mohd Zakri
2) Nurul Athirah bt Mohamad Faisal
3) Nurul Adleena Bt Abd Malik
4) Jannatun Nisa Bt Ardiansyah
5) Aishah Binti Nor Azman
6) Zulaikha Bt Mohazlin
7) Wan Nadhrah Ernanda Bt Wan Hasbullah
8) Muhd Aris Rifal Bin Aznurin
9) Amirul Zhafri Bin Kamaruddin
10) Nur Assyifa Khumaira Bt Hamsah
11) Mohd Safiq Idham Bin Azizul
12) Nurul Dayini Bt Azirul
13) Nur Salsabila Bt Mohd Zaid
14) Muhammad Syahzwan
15) Siti Nur Aqilah Bt Zulkifli
16) Nursyafiqah bt Mat Husni
17) Nor Hanisa bt Hishamudin

5. Ucapan Puan Penolong Kanan Petang (Pn. Siti Hanim bt Sungit)
i) Peringatan kepada murid dan guru mengenai penjual buku:
- Telah beberapa kali penjual buku menggunakan khidmat murid-murid sekolah kita untuk mengedarkan iklan/borang pesanan jualan buku-buku syarikat mereka. Beberapa kali sebelum ini penjual memberikan longgokan iklan/borang pesanan tersebut di luar pagar. Namun pada hari ini, ada yang lebih berani dengan memasuki kawasan sekolah, menemui pengawas lalu meminta mereka mengedarkannya.
- Menggunakan khidmat murid-murid sedemikian rupa amat tidak beretika dan tidak bermoral.
- Penjual buku tidak boleh bertindak sedemikian dan pihak sekolah tidak membenarkan murid-murid mengedar sebarang risalah atau borang pesanan.
- Untuk pengetahuan semua, sekiranya pihak sekolah membenarkan jurujual membuat edaran iklan (teramat jarang sekali), maka ia akan diedarkan melalui pejabat.
ii) Perutusan Sempena Hari Anti Dadah Kebangsaan.
- Pada 19 Februari setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan. Ini menunjukkan negara kita amat komited kepada usaha dan gerakan mencapai sasaran Malaysia Bebas Dadah.

- Sambutan Minggu Anti Dadah di peringkat sekolah dijalankan bagi memastikan murid sifar dadah dan sekolah bebas dadah (PROSIDAR).

- Sehubungan itu, pelbagai strategi dan pendekatan pendidikan pencegahan dadah dirangka oleh pihak sekolah berteraskan pendekatan Kurikulum, Kokurikulum, Pembangunan Sahsiah dan Pengurusan Kepimpinan.

- Melalui pendekatan Kurikulum murid-murid diberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan bahaya dan kesan terhadap penyalahgunaan dadah.

- Pendekatan Kokurikulum pula menekankan supaya murid-murid perlu dilatih melibatkan diri secara aktif dalam gerak kerja persatuan dan kelab, permainan dan pasukan pakaian seragam.

- Membuat penilaian, pemilihan dan keputusan yang bijak adalah satu disiplin yang baik. Mereka perlu diasuh dan dididik merancang jadual harian dan jadual perkembangan diri dan masa depan secara positif dengan mengambilkira faktor masa depan.

- Sehubungan itu, semua warga pendidik perlu memainkan peranan untuk memastikan hasrat dan tujuan ini tercapai.

- Pada tahun 2012 Agensi Dadah Kebangsaan, Polis Bahagian Narkotik mensasarkan murid sifar dadah dan sekolah bebas dadah.

- KPM akan terus mempertingkatkan program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di semua peringkat dengan melibatkan semua agensi sesuai dengan tema " 1 Malaysia Membanteras Dadah” demi merealisasikan sekolah bebas dadah 2012.

No comments:

Post a Comment