Murid 2013

... SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI...SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI...SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI...SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI...SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI...SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI... SALAM AIDILFITRI...

Monday, March 21, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU KE 11 )

Laporan Perhimpunan Rasmi Hari Isnin Minggu Ke-11 (Sesi Pagi) Hari: Isnin Tarikh: 21 Mac 2011 Masa: 7.30 – 8.30 a.m Guru Bertugas: 1. Pn Salwana (K) 2. Pn Norasmawati 3. Pn Halimatun Saadiah 4. Pn Nor Azura 5. Pn Maimunah 6. En Musridzuan 7. En Zaidi Laporan/Ulasan: 1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. 2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Muhammad Amirul Naim 3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn Nor azura 4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Sanjay Devdas (6 Alamanda) 5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: (Pn Zainon ) · Murid dikehendaki bersedia dan senyap ketika perhimpunan berlangsung. · Setelah loceng tamat rehat dibunyikan, murid-murid dikehendaki beratur di Dewan Perdana dan Dewan Putra dengan senyap dan mengikut arahan guru bertugas sebelum bergerak ke kelas masing-masing. · Amat merbahaya bagi murid-murid yang bermain di longkang besar terutamanya semasa waktu pulang dari sekolah memandangkan longkang tersebut agak dalam dan tiada penutup. · Murid-murid hendaklah mematuhi jadual bertugas di kelas bagi menjaga kebersihan di kelas masing-masing. · Kadar kehadiran lewat semakin baik. Murid-murid digalakkan bertolak awal ke sekolah agar lebih bersedia untuk belajar. . 6. Ucapan Guru Bertugas: (Pn Nor Azura ) · Tema “ Membudayakan Ucapan Terima Kasih”. · Guru menyatakan definisi terima kasih iaitu ucapan penghargaan setelah seseorang melakukan kebaikan terhadap kita. · Guru memberikan contoh perbuatan yang perlu kita ucapkan terima kasih. · Dalam Islam sendiri ada menekankan tentang kebaikan menjaga ukhwah sesama manusia tidak kira agama mahupun bangsa. · Ucapan terima kasih perlulah dipupuk dalam diri murid-murid tidak kira di mana berada kerana sifat positif ini menjadikan murid-murid akan disayangi oleh golongan yang tua dan dihormati oleh golongan yang muda. 7. Perkataan LAWAD pada hari ini: 7.1. Bahasa Melayu: Mengintip (maksud: mengintai) 7.2. Bahasa Inggeris: Speak (maksud: bercakap) 7.3. Bahasa Arab: Astaikizu (maksud: saya bangun / terjaga) 8. Penyampaian sijil kebersihan 8.1 Tahun 4: Tiung 8.2 Tahun 5 : Xenix 8.3 Tahun 6 : Carnation 9. Perutusan Sempena Hari Anti Dadah Kebangsaan.- Oleh Tuan Guru Besar. · Pada 19 Februari setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan. Ini menunjukkan negara kita amat komited kepada usaha dan gerakan mencapai sasaran Malaysia Bebas Dadah. · Sambutan Minggu Anti Dadah di peringkat sekolah dijalankan bagi memastikan murid sifar dadah dan sekolah bebas dadah. · Sehubungan itu, pelbagai strategi dan pendekatan pendidikan pencegahan dadah dirangka oleh pihak sekolah berteraskan pendekatan Kurikulum,Kokurikulum,Pembangunan Sahsiah dan Pengurusan Kepimpinan. · Melalui pendekatan Kurikulum murid-murid diberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan bahaya dan kesan terhadap penyalahgunaan dadah. · Pendekatan Kurikulum pula menekankan supaya murid-murid perlu dilatih melibatkan diri secara aktif dalam gerak kerja persatuan dan kelab,permainan dan pasukan pakaian seragam. · Membuat penilaian,pemilihan dan keputusan yang bijak adalah satu disiplin yang baik. Mereka perlu diasuh dan dididik merancang jadual harian dan jadual perkembangan diri dan masa depan secara positif dengan mengambilkira faktor masa depan. · Sehubungan itu,semua warga pendidik perlu memainkan peranan untuk memastikan hasrat dan tujuan ini tercapai · Pada tahun 2012 Agensi Dadah Kebangsaan, Polis Bahagian Narkotik mensasarkan murid sifar dadah dan sekolah bebas dadah. · KPM akan terus mempertingkatkan program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di semua peringkat dengan melibatkan semua agensi sesuai dengan tema " 1 Malaysia Membanteras Dadah” demi merealisasikan sekolah bebas dadah 2012. Disediakan oleh : Puan Norasmawati Omar & Puan Halimatun Saadiah Hassan

No comments:

Post a Comment