Sepanjang minggu ini (7 - 11 Mac 2011) telah dijalankan Program Sekolah Selamat 2011. Tema pada tahun ini ialah "Bersama Kita Membina Sekolah Selamat & Ceria". Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah Keselamatan Pergi & Balik Sekolah, edaran brosur (Buli & Peras Ugut), ceramah Pemakanan Berkhasiat & Keracunan Makanan dan Latihan Mengosongkan Bangunan.
Walaubagaimanapun, latihan mengosongkan bangunan bagi sesi petang terpaksa dibatalkan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan latihan akan dijalankan pada selepas cuti sekolah. Demonstrasi kebakaran oleh Pasukan Bomba & Penyelamat, Cawangan Cyberjaya juga ditunda pada 24 Mac 2011.
Terima kasih diucapkan kepada semua Pentadbir, AJK Pelaksana, guru-guru & murid-murid yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.
Perasmian program dijalankan semasa perhimpuanan mingguan
Taklimat mengosongkan bangunan oleh En. Pazli untuk murid-murid sesi pagi
Perasmian program oleh Guru Besar pada 7 Mac 2011
Taklimat mengosongkan bangunan oleh En. Pazli untuk murid-murid sesi pagi
Perasmian program oleh Guru Besar pada 7 Mac 2011
Murid-murid sesi petang bersedia untuk mendengar taklimat mengosongkan bangunan
Penolong Kanan Petang
Murid-murid sesi pagi bersedia untuk mendengar ceramah Keselamatan Pergi Dan Balik Sekolah pada 8 Mac 2011 oleh JKJR Negeri Selangor.
En. Yusoff B. Hashim, Penolong Pengarah JKJR Negeri Selangor menyampaikan ceramah Keselamatan Pergi Dan Balik Sekolah.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Cenderamata & Sijil Penghargaan untuk penceramah sebagai tanda terima kasih.
Ceramah Keselamatan Pergi dan Balik Sekolah untuk murid-murid sesi petang oleh Sub Inspektor Hashim B. Mohamad, Ketua Balai Polis Taman Putra Perdana
Ceramah Pemakanan Berkhasiat dan Keracunan Makanan untuk murid-murid sesi pagi pada 10 Mac 2011 oleh Pn. Norunnajiha Ngatiman, Pegawai PKD Sepang.
Murid-murid memberi perhatian ketika mendengar ceramah yang disampaikan.
Cenderamata & Sijil Penghargaan kepada penceramah sebagai tanda terima kasih.
Ceramah Makanan Berkhasiat dan Keracunan Makanan untuk murid-murid sesi petang disampaikan oleh Dr.Rina daripada Pasukan Kesihatan Sekolah, PKD Sepang
Ceramah Makanan Berkhasiat dan Keracunan Makanan untuk murid-murid sesi petang disampaikan oleh Dr.Rina daripada Pasukan Kesihatan Sekolah, PKD Sepang
No comments:
Post a Comment