... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, March 24, 2011

DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN (SESI PETANG)

Tarikh 24 Mac 2011 akan menjadi kenangan buat murid-murid sesi petang kerana berpeluang menyaksi dan mengambil bahagian dalam demonstrasi memadam kebakaran yang telah diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Semua murid dan guru begitu teruja apabila kereta bomba memasuki kawasan sekolah. Demonstrasi ini telah diadakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, cawangan Cyberjaya. Terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan program ini.



Murid-murid sedang berkumpul di dataran perhimpunan

En. Khairi (Pegawai Bomba, Cyberjaya) sedang menyampaikan taklimat cara-cara memadam kebakaran.


Murid-murid begitu tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh pihak bomba.


Api yang sedang marak boleh membakar jika tidak dikawal

Seorang ahli bomba sedang membuat demonstrasi menggunakan alat pemadam api.


Pn.Siti Hanim cuba menggunakan alat pemadam api


En.Rusydan juga ingin cuba memadam kebakaran.


Wakil Tahun 3 memberanikan diri mengambil bahagian.


Husna Aqilah (Tahun 2) cuba memadam kebakaran dengan bantuan ahli bomba.


Wakil Tahun 1 juga tidak mahu ketinggalan untuk memadam kebakaran.


Penyampaian sijil penghargaan & cenderamata sebagai tanda terima kasih kepada pihak bomba.












No comments:

Post a Comment