Monday, March 28, 2011

PROGRAM MOTIVASI KENDIRI UPSR 2011








Objektif Program:

1. Memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan dan kecemerlangan dalam UPSR.


2. Sentiasa berfikiran positif di dalam apa jua situasi terutamanya dalam menghadapi

peperiksaan.


3. Dapat merancang masa depan dengan baik supaya tidak terperangkap dengan fenomena

belajar saat-saat akhir.


4. Memupuk rasa sayang dan tanggung jawab kepada ibu bapa, sekolah, masyarakat dan negara.


5. Memupuk kesedaran kepada ibu bapa?penjaga untuk mengawasi dan memberi tumpuan

kepada pembelajaran anak-anak.


6. Semua peserta akan memohon restu dengan ikhlas daripada kedua-dua ibu bapanya supaya

ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan Ilahi.


Sasaran: 290 orang calon UPSR 2011 dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Kumpulan 1 (159 orang) - 6 Alamanda, 6 Carnation, 6 Lotus, 6 Iris dan 6 Lily

Kumpulan 2 (131 orang) - 6 Daisy, 6Gardenia, 6 Orkid dan 6 Tulip.


Tarikh dan masa program : 25 Mac 2011 (Jumaat malam Sabtu) - 7.45 malam hingga

10.45 malam

: 1 April 2011 ( Jumaat malam sabtu) - 7.45 malam hingga

10.45 malam


Penceramah Jemputan : Encik Saiful Anuar B. Hj. Basran (Guru Cemerlang Negeri Selangor)


Program Motivasi Kendiri UPSR 2011 bagi kumpulan pertama telah berjaya dijalankan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 25 Mac 2011. Seramai 119 orang murid yang hadir pada malam tersebut. Ibu bapa murid-murid tersebut juga hadir sama mendengar ceramah yang disampaikan.

No comments:

Post a Comment