Thursday, March 31, 2011

TAKLIMAT DISIPLIN DAN KESELAMATAN MURID TAHAP 1 SKTPP

TAKLIMAT DISIPLIN DAN KESELAMATAN MURID-MURID TAHAP 1 SKTPP

Taklimat Disiplin dan Keselamatan Murid-murid Tahap 1 telah dijalankan pada:
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Perdana
Masa : Tahun 1 (1.50 petang - 2.30 petang)
Tahun 2 (4.40 petang - 5.10 petang)
Tahun 3 (3.40 petang – 4.10 petang)


Maklumat-maklumat yang disampaikan:

1. Murid-murid dilarang berlari-lari ketika berada di dalam kawasan sekolah terutama ketika waktu rehat, ke tandas, ke bilik-bilik khas, di laluan koridor dan di tangga bagi mengelakkan kejadian terjatuh, terhantuk kepala dan berlanggar sesama sendiri.
- Sejak hari Isnin (28/3/2011) hingga Rabu (30/3/2011), setiap hari ada murid yang cedera akibat terjatuh, berlanggar sesama sendiri dan terhantuk pintu.

2. Penggunaan Pintu Pagar Ketika Pulang Sekolah.

- Murid-murid diingatkan supaya menggunakan pintu pagar yang betul ketika pulang sekolah.
- Pintu Pagar A : digunakan untuk murid-murid yang berjalan kaki dan berbasikal sahaja.
- Pintu Pagar B : digunakan untuk murid-murid yang diambil oleh ibu bapa menggunakan kenderaan persendirian, bas sekolah dan van sekolah.
- Ibu bapa / Bas Sekolah dan Van Sekolah tidak dibenarkan mengambil murid-murid di pintu pagar A kecuali selepas jam 7.00 malam.
- Ini untuk menjaga keselamatan murid-murid daripada berlakunya kemalangan kerana ketika peak hour (Isnin-Rabu 6.40 petang - 7.00 malam, Khamis-Jumaat 6.10 petang - 6.45 petang) Pintu Pagar A sesak dengan kenderaan guru-guru dan kakitangan sekolah keluar masuk. Kerjasama daripada ibu bapa / penjaga, pihak bas sekolah dan van sekolah amatlah dihargai.
- Murid-murid yang lewat diambil oleh penjaga, bas dan van sekolah hingga jam 7 malam, mereka akan dibawa oleh pengawal ke pondok pengawal. Pihak ibu bapa / penjaga, bas dan van sekolah bolehlah mengambil murid-murid di Pintu Pagar A.

3. Murid-murid dilarang memasuki bilik guru.

- Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik guru tanpa kebenaran. Murid-murid yang mendapat kebenaran guru atau masuk bersama guru sahaja yang dibenarkan untuk masuk.
- Larangan ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya kecurian barang-barang sekolah dan guru di dalam bilik tersebut.
- Sejak kebelakangan ini terdapat kejadian kehilangan barang-barang guru telah dilaporkan.

4. Kad Keluar Kelas.

- Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas tanpa memakai Kad Keluar Kelas. Sekiranya didapati murid keluar kelas tanpa memakai kad tersebut, bermakna murid itu telah keluar kelas tanpa kebenaran guru.
- Kad Keluar Kelas ini hendaklah dipakai bagi tujuan untuk mengelakkan murid daripada ponteng kelas.
- Sekiranya guru tidak membawa Kad Keluar ini, guru hendaklah meminjamkan nametag guru tersebut atau menulis sedikit nota kebenaran keluar kelas.

5. Murid-murid dilarang memegang atau menarik beg rakan ketika naik tangga ketika masuk ke kelas masing-masing.

- Larangan ini adalah bertujuan untuk mengelakkan murid-murid daripada terjatuh ketika menaiki tangga.

6. Murid-murid dilarang bergayut pada palang besi di koridor-koridor sekolah.

- Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan seperti terhantuk kepala dan terjatuh bangunan.


Gambar-gambar sekitar Taklimat Disiplin dan Keselamatan Murid Tahap 1 SKTPP.


Pn Yani (Ketua Guru Disiplin Sesi Petang) sedang memberikan penerangan kepada murid-murid. Murid-murid khusyuk mendengar penerangan daripada Pn Yani.


No comments:

Post a Comment